Skip to main content
Berita UtaraKedah

139 Mangsa Bencana Ribut Lekima Terima Sumbangan

By 18 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mahazir Abu Hassan/Zainaudin Ab Hamid (Baling)

BALING, 18 Okt (Malaysiaaktif) – Seramai 139 mangsa bencana ribut lekima yang berlaku 9 Ogos lalu menerima sumbangan oleh pihak kerajaan negeri dan Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Pegawai Daerah Baling Abdul Bari Abdullah, berkata pihak kerajaan negeri dan Lembaga Zakat terpanggil untuk menyampaikan sedikit sumbangan sebagai tanda solidariti dalam merasai kesusahan dan kesulitan mangsa-mangsa ribut.

“Ribut merupakan satu bencana, ia juga merupakan ujian untuk menguji sejauh mana kesabaran kita dalam menghadapi bencana daripadanya,” katanya ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Sumbangan Mangsa Bencana Ribut Lekima Peringkat Daerah Baling di Perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Baling, di sini semalam.

Sebahagian daripada penerima-penerima sumbangan.

Sebahagian daripada penerima-penerima sumbangan.

Menurut Abdul Bari lagi, sebagai tanda bersama merasai kesusahan pihak kerajaan negeri dan pihak pentadbiran daerah berharap sumbangan ini dapat meringankan beban mereka.

“Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua jabatan dan agensi kerajaan yang sentiasa memberi kerjasama dan bersatu hati setiap kali berlakunya musibah dan bencana di daerah Baling,” tambahnya.

Pegawai Zakat Daerah Baling Ahmad Mustaqim Zainal Abidin, berkata bencana ribut yang melanda baru-baru ini amat memberi kesan kepada mangsa.

“Walaupun sumbangan yang diberikan tidak seberapa setidak-tidaknya ia meringankan beban kepada semua mangsa,” katanya ketika ditemui.

Penerima sumbangan Zaidah Mustaffa, 41, dari Kampung Bahagia Mukim Teloi Kanan, berkata beliau amat berterima kasih kepada semua yang membantu dan memberi sumbangan hari ini.

“Bantuan ini amat bermakna kepada saya dan sedikit sebanyak beban yang kami sekeluarga tanggung dapat diringankan,” ujarnya.

Turut hadir Penyelaras Parlimen Baling Mohd Taufik Yaacob, Penyelaras Dewan Undangan Negeri Bayu Datuk Sopian Ahmad, Penyelaras Dewan Undangan Negeri Kupang Johari Abdullah serta Ketua-ketua Jabatan Daerah Baling

-SH

Tinggalkan komen anda