Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

200 Pelajar Baharu UMS B40 Terima Sumbangan

By 24 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Jeanne J Som/ Shahvian Mohd Razali (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 24 Okt (Malaysiaaktif) – Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Univerisiti Malaysia Sabah (UMS) memperuntukan RM40,000 daripada tabung kebajikan pelajar untuk disumbangkan kepada 200 pelajar baharu B40.

Pihak Universiti berharap dengan adanya bantuan seperti ini dapat membantu para pelajar untuk memulakan kehidupan sebagai pelajar tahun pertama di UMS.

Toh Puan (dua dari kiri) diiringi oleh Taufiq (kiri) bersalaman dengan pelajar UMS.

Toh Puan (dua dari kiri) diiringi oleh Taufiq (kiri) bersalaman dengan pelajar UMS.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk CHM. Dr. Taufiq Yap Yun Hin berkata, UMS telah berjaya melaksanakan program “Merobah Idea Menjadi Realiti” atau singkatannya ‘Meniti’, dengan menawarkan pengajian kepada 178 pelajar B40 bagi sesi ambilan 2019/2020 yang terdiri daripada golongan sasar di seluruh daerah negeri Sabah.

“Daripada 178 pelajar tersebut, seramai 149 pelajar baharu program Meniti telah berjaya mendaftar ke UMS pada sesi pendaftaran bulan September baru-baru ini.

Taufiq ketika menyampaikan ucapan.

Taufiq ketika menyampaikan ucapan.

“Sehingga kini, jumlah keseluruhan pelajar B40 di bawah program ini yang aktif berdaftar di UMS adalah seramai 500 pelajar dan dijangka seramai 77 pelajar akan menamatkan pengajian sempena Majlis Konvokesyen UMS ke-21 pada bulan November 2019 nanti,” katanya dalam Majlis Ramah Mesra dan Penyampaian Bantuan Kebajikan Pelajar Baharu B40 Tahun 1 di UMS, pada Rabu.

Dalam pada itu, Taufiq menyatakan kemiskinan keluarga bukannya alasan untuk tidak meneruskan pengajian atau penghalang untuk melangkah ke arah kejayaan.

Toh Puan (tengah) menyampaikan bantuan kebajikan pelajar baharu B40 Tahun 1 sambil disaksikan Taufiq (kiri) dan Nur Laila (kanan).

Toh Puan (tengah) menyampaikan bantuan kebajikan pelajar baharu B40 Tahun 1 sambil disaksikan Taufiq (kiri) dan Nur Laila (kanan).

“Kita harus merancang jalan hidup kita kerana kalau kita gagal merancang, bermakna kita merancang untuk menemui kegagalan,” katanya lagi.

Pada majlis tersebut, selaku penasihat Yayasan Nur Jauhar, Toh Puan Norlidah R.M. Jasni turut memberikan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada tabung kebajikan pelajar UMS.

Toh Puan (kanan) menyampaikan sumbangan Yayasan Nur Juhar kepada Taufiq (kiri).

Toh Puan (kanan) menyampaikan sumbangan Yayasan Nur Juhar kepada Taufiq (kiri).

Turut hadir, Ahli Pengerusi Lembaga Pengarah UMS merangkap pengerusi jawatankuasa kebajikan pelajar, Datin Nur Laila Said dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof. Madya TS Dr. Ramzah Dambul.

ER

 

Tinggalkan komen anda