Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

Rayzam Dinobat Olahragawan Sabah

By 24 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Juslie Bacle/Jeffren Malaning (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU , 24 Okt (Malaysiaaktif) – Atlet olahraga Rayzam Shah Wan Sofian dinobat sebagai Olahragawan Sabah dalam Majlis Anugerah Sukan Negeri Sabah 2017/2018 sempena Hari Jadi Rasmi Ke-66 Tahun, Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.

Rayzam yang berasal dari Keningau merupakan atlet olahraga acara 110 meter berpagar yang pernah meraih dua pingat emas pada Kejohanan Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur dan juga di Korat, Thailand pada 2007.

Tun Juhar (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada Olahragawan Rayzam Shah.

Tun Juhar (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada Olahragawan Rayzam Shah.

Sementara itu, atlet memanah Fatin Nurfatehah Mat Salleh pula menerima anugerah Olahragawati Sabah yang juga disampaikan Tun Juhar dalam majlis berkenaan.

Fatin menunjukkan pencapaian cemerlang dengan memperoleh dua pingat emas dan satu perak pada Sukan SEA 2017, menduduki tempat keempat dalam acara individu pada kejohanan Dunia Piala Asia serta menyertai Piala Dunia Memanah Hyundai (Peringkat 2) pada tahun 2018 di Shanghai China.

Tun Juhar (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada Olahragawati Fatin Nurfatehah.

Tun Juhar (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada Olahragawati Fatin Nurfatehah.

Turut disampaikan adalah Anugerah Tokoh Sukan Sabah yang diberikan kepada Presiden Persekutuan Shorinji Kempo Malaysia, David Wang Chung Vun.

Terdahulu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika berucap pada majlis itu berkata, kerajaan negeri akan memastikan prasarana sukan di negeri ini ditingkatkan demi melahirkan lebih ramai atlet cemerlang.

Tun Juhar (tiga dari kiri) menyampaikan hadiah kepada tokoh sukan Sabah David Wang.

Tun Juhar (tiga dari kiri) menyampaikan hadiah kepada tokoh sukan Sabah David Wang.

“Dorongan dan inisiatif sahaja tidak mencukupi dalam menjayakan sukan di negeri ini tanpa kemudahan prasarana yang mencukupi.

“Kementerian Belia dan Sukan Sabah telah diminta menyediakan blue print mengenai pembangunan sukan di negeri ini termasuk usaha meningkatkan prasarana sukan,” katanya dalam majlis yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka, pada Selasa.

Phoong Zhe (empat dari kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Tun Juhar ( tiga dari kanan).

Phoong Zhe (empat dari kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Tun Juhar ( tiga dari kanan).

Tambah beliau, kerajaan Sabah berbangga dengan kejayaan atlet di negeri ini dalam kejohanan sukan dalam negara dan kejohanan antarabangsa.

Turut hadir pada majlis, isteri Yang Dipertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni; Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Jaujan Sambakong; Menteri Belia dan Sukan, Phoong Jin Zhe; Menteri Pelajaran dan Inovasi, Datuk Dr Yusof Yacob dan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Syed Abbas Ali.

ER

Tinggalkan komen anda