Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Fiesta Pulau Aman Seiring Penang 2030

By 21 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/ foto: Suria bt Karim (Seberang Perai Selatan)

BUKIT TAMBUN, 21 Okt (Malaysiaaktif) – Tahun ini merupakan tahun kedua Fiesta Pulau Aman diadakan. Sejak awal pagi lagi, para pengunjung dari serata daerah telah berpusu untuk menaiki bot ke Pulau Aman bagi melihat sendiri aktiviti menarik yang diadakan sepanjang fiesta ini berlangsung.

Daya tarikan ke Pulau ini adalah kerana keunikan mee udang tempatan dan juga keistimewaan buah sukun yang divariasi dengan pelbagai juadah antaranya sukun goreng, kerepek sukun mahupun serawa sukun.

Program anjuran Pejabat Daerah Seberang Perai Selatan dan Pejabat KADUN Bukit Tambun ini telah mendapat kerjasama dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan  seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, APMM, Jabatan Pembangunan Wanita, POLIMAS, Penjara Seberang Perai, ASTRA (Kelab Radio Amatur Pulau Mutiara), Jabatan Penerangan dan pelbagai lagi yang turut mengadakan aktiviti pameran serta kaunter perkhidmatan pelanggan.

Antara tetamu yang hadir Fiesta Pulau Aman 2019

Antara tetamu yang hadir Fiesta Pulau Aman 2019

Pelbagai aktivi dan acara menarik diadakan antaranya pertandingan mewarna, gubahan tuala, ukiran buah tembikai, sukan rakyat, zumba, jungle tracking, simulasi menyelamat di laut dan demonstrasi memadam kebakaran.

Jabatan Penerangan Negeri Pulau Pinang juga tidak ketinggalan untuk menerangkan dengan lebih lanjut informasi dan manfaat berkaitan MySalam serta PEKA B40 kepada masyarakat Pulau Aman yang rata-rata merupakan penerima BSH.

Taklimat MySalam dan PEKA B40

Taklimat MySalam dan PEKA B40

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow. Turut hadir diantaranya Ahli Parlimen Batu Kawan, ADUN Bukit Tambun, ADUN Sungai Bakap dan tetamu jemputan yang lain.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mengimbau kembali sejak kali pertama beliau menjejakkan kaki di Pulau Aman ialah pada 37 tahun yang lalu sebagai salah seorang pelajar di Universiti Sains Malaysia. Beliau masih berharap Pulau Aman sentiasa menjadi nadi pelancongan terbaik dalam menjana pembangunan ekonomi selaras dengan visi Pulau Pinang 2030.

Informasi oleh LKIM berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan

Informasi oleh LKIM berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan

Menurut beliau, “Setiap pembangunan yang dirancang adalah satu kebaikan untuk rakyat Pulau Pinang yang mampu dinikmati semua kaum dan golongan masyarakat. Walaupun majoriti penduduk Pulau ini merupakan nelayan, namun kebajikan dan permasalahan mereka sentiasa mendapat perhatian dari Pejabat Ahli Parlimen Batu Kawan, Khasturiraani Patto.

Simbolik pada fiesta ini, Chow Kon Yeow juga mengambil kesempatan dengan menanam  sukun yang menjadi daya tarikan utama Pulau Aman.

Fiesta ini diakhiri dengan semua pengunjung serta penduduk tempatan dijamu dengan jamuan kenduri rakyat Pulau Aman.

-II-

Tinggalkan komen anda