Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

IFitEr Inisiatif Atasi Obesiti

By 25 Oktober 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fauziah Abdullah/Shaharudin Suratman (Seremban)

SEREMBAN, 25 Okt (Malaysiaaktif) – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melancarkan Program I Fit, Eat Right (IFitEr), sebagai inisiatif membantu masyarakat yang menghadapai masalah berat badan berlebihan dan obesiti, di samping menggalakkan penglibatan komuniti dalam intervensi pengurusan berat badan dan meneruskan amalan cara hidup sihat.

Bagi memastikan amalan gaya hidup sihat diterapkan ke dalam masyarakat setempat, Komuniti Sihat, Pembina Negara (KOSPEN) Taman Andalas telah menganjurkan program penurunan berat badan selama 21 minggu untuk para penduduk di Taman Andalas, Mantin.

Pengerusi KOSPEN Taman Andalas Hamidah Md. Sarip, berkata inisiatif yang diambil oleh KKM ini adalah sangat bertepatan dalam menangani masalah obesiti yang dialami rakyat Malaysia pada hari ini dan komuniti pada setiap peringkat perlu memanfaatkan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.

“Apa yang penting dalam program ini bukan sekadar penurunan berat badan tetapi peserta boleh mendapat ilmu yang tepat berkaitan kaedah pemakanan dan gaya hidup sihat, dan dengan adanya program IFitEr ini kita boleh mendapatkan panduan dan maklumat yang tepat secara percuma.

“Saya sangat berbangga dengan semua peserta yang telah berjaya mencabar diri untuk menyertai program kali ini, malah ada dalam kalangan peserta telah berjaya menurunkan berat badan sehingga 28 kilogram,” katanya yang ditemui sempena Majlis Penutup Program Pengurusan Berat Badan KOSPEN Taman Andalas, di sini baru-baru ini.

Turut hadir Pegawai Kesihatan Daerah Seremban, Dr. Mohamad Faid Abd. Rashid.

-SH

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda