Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Ikatan Kekeluargaan Yang Kukuh, Benteng Membanteras Penyalahgunaan Dadah  – Mohd Khuzzan

By 14 Oktober 2019Tiada komen3 minit bacaan

Laporan/foto: Norhasliza Hamzah/Khairul Hadi Mahat (Segamat)

SEGAMAT, 14 Okt (Malaysiaaktif) – “Masalah penyalahgunaan dadah merupakan ancaman nombor satu negara di mana banyak kemudaratan yang berlaku akibat daripadanya yang boleh membawa kepada kerosakan fizikal dan mental sehingga mengundang maut,” kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar ketika merasmikan Karnival Riuh Anti Dadah Johor 2019 Peringkat Daerah Segamat di Tapak Pasar Tani, Taman Yayasan, baru-baru ini.

Mohd Khuzzan yang juga Pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Negeri Johor berkata penagih dadah juga cenderung untuk bersikap agresif dan ganas sekiranya bekalan dadah tidak diperolehi yang akhirnya membawa kepada kegiatan jenayah yang lain seperti mencuri, peras ugut, ragut, pukul dan bunuh.

Pengerusi PEMADAM negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar (tengah) menyampaikan replika cek kepada Nasri Md Ali, Pegawai Daerah Segamat selaku Pengerusi PEMADAM daerah pada majlis perasmian Karnival Riuh Anti Dadah Johor 2019 Peringkat Daerah Segamat.

“Penganjuran karnival ini dilihat sebagai wadah dalam menyampaikan informasi melalui aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga yang mana ia mampu memberikan maklumat yang jelas dan benar berkaitan bahaya penyalahgunaan dadah kepada masyarakat sekitarnya.

“Aktiviti berbentuk keluarga ini penting agar masa-masa terluang diisi dengan program berfaedah yang secara tidak langsung mampu mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan yang seterusnya dapat menghindari ahli keluarga daripada terjebak dengan kancah penyalahgunaan dadah,” katanya.

Pegawai Daerah Segamat mengiringi Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri Mohd Khuzzan Abu Bakar yang juga Pengerusi PEMADAM negeri semasa sesi lawatan ke booth pameran Karnival Riuh Anti Dadah Johor 2019 Peringkat Daerah Segamat di Tapak Pasar Tani, Taman Yayasan, Segamat.

Tambah beliau lagi, ibu bapa perlu mengambil langkah bijak dan mencari ruang untuk bersama-sama keluarga terutamanya bersama anak-anak bagi memberi dorongan dalam mengharungi cabaran kehidupan pada zaman teknologi maklumat tanpa sempadan ini.

Sementara itu, menurut Pegawai Daerah Segamat Nasri Md Ali, Karnival Riuh Anti Dadah ini adalah julung kali diadakan dan daerah Segamat telah dipilih untuk menjadi destinasi pertama bagi tahun ini dan akan diteruskan ke daerah-daerah lain.

“Karnival yang berlangsung selama 10 hari ini diisi dengan pelbagai aktiviti dan pameran berkaitan bahayanya dadah yang menjadi musuh nombor satu kepada negara kita.

Rektor UiTM Cawangan Johor Prof. Madya Dr Ahmad Naqiyuddin Bakar (baju merah) bersama pelajar-pelajar UiTM Cawangan Johor turut memeriahkan Karnival Riuh Anti Dadah Johor 2019 Peringkat Daerah Segamat yang berlangsung baru-baru ini.

“Penglibatan golongan belia dan beliawanis dalam menangani masalah dadah di negara ini amat diperlukan, sehubungan itu pada malam ini turut diadakan pelancaran Kelab PEMADAM UiTM Johor Kampus Segamat yang bakal menjadi salah satu platform kerjasama dengan pihak PEMADAM daerah dalam membenteras penyalahgunaan dadah dan menyampaikan maklumat dalam kalangan belia,” katanya lagi.

Ujar Nasri lagi, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam usaha memerangi dadah habis-habisan dan program turun padang ini secara tidak langsung mampu memberi khidmat nasihat secara terus kepada mereka yang memerlukan,” kata beliau sebelum mengakhiri ucapan aluan.

Turut hadir, Setiausaha Kehormat PEMADAM Negeri Dr Mohd Azlee Ahmad, Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Raub Selamat, Rektor UiTM Cawangan Johor Prof. Madya Dr Ahmad Naqiyuddin Bakar, Pengarah Hospital Segamat Dr Mokhtar Ahmad, Pegawai Kesihatan Daerah Segamat Dr Zaid Kassim dan Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Segamat Fuaazuzakia Abd Mohidin Zaman.

-NI-

Tinggalkan komen anda