Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

“Juh Raon Sarawak” Tingkat Semangat Sosialisasi Pelajar

By 21 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Siti Fairuz Ngatenan (Kuching)

KUCHING, 21 Okt (Malaysiaaktif) – Program Juh Raon Sarawak yang dilaksanakan bermula 1 hingga 16 Oktober yang lalu diharap dapat meningkatkan semangat sosialisasi pelajar Kolej Komuniti Kuching apabila berdepan dengan dunia pekerjaan sebenar.

Demikian menurut Pengarah Program tersebut yang juga pensyarah kursus Pelancongan dan Pengembaraan, Puan Alinda anak Minsion. Beliau berkata “Program Juh Raon Sarawak merupakan salah satu kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik kuliah agar pelajar dapat mengaitkan pembelajaran yang dipelajari di dalam kelas dengan dunia pelancongan sebenar selain dapat meningkatkan semangat sosialisasi pelajar terhadap persekitaran luar”.

Tambah beliau lagi, antara justifikasi program ini dijalankan adalah untuk mendedahkan dan memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman sebenar proses pengendalian lawatan dan cara berurusan dengan sumber-sumber selain mengenalpasti realiti industri pelancongan yang terlibat sepanjang program dijalankan.

seramai 24 orang pelajar semester akhir Sijil Pelancongan dan Pengembaraan menjayakan program ini

seramai 24 orang pelajar semester akhir Sijil Pelancongan dan Pengembaraan menjayakan program ini

“Kolej Komuniti sangat menitikberatkan teknik dan kemahiran kepada pelajar kerana dengan adanya ilmu pengetahuan dan pengalaman seperti inilah nanti yang akan membentuk diri pelajar terutama apabila berada di bidang pekerjaan”, ujar beliau.

Selain itu, program ini juga dapat memberi pengetahuan tentang komponen-komponen dalam masyarakat di Malaysia apabila pelajar didedahkan dengan kepelbagaian bangsa dan budaya yang terdapat di negeri ini.

Sepanjang perjalanan bermula dari Kuching sehingga ke Miri, pelajar diminta untuk membuat komentar mengikut destinasi yang telah ditetapkan. Tempat-tempat yang telah berjaya dilawati termasuklah Politeknik Metro Betong, Taman Jubli Bukit Aup Sibu, Taman Tumbina Bintulu, The Grand Old Lady Miri dan Muzium Kucing yang terletak di bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU). Dikesempatan tersbut, para pelajar turut mengambil peluang mengadakan aktiviti gotong royong mengutip sampah-sarap di sekitar Taman Jubli Aup, Sibu.

Program Juh Raon Sarawak merupakan projek akhir pelajar Sijil Pelancongan dan Pengembaraan di bawah Kursus SPL 3044 Komentar Pelancongan, yang merupakan kursus wajib untuk bergraduasi. Seramai 24 orang pelajar semester akhir serta lima (5) orang pensyarah pengiring terlibat dalam merancang, mengurus dan melaksanakan projek tersebut yang bermula 1 Oktober dan berakhir pada 16 Oktober yang lalu. Majlis perlepasan program telah disempurnakan oleh Pengarah Kolej Komuniti Kuching, Technologies (Ts.) Encik Fadil bin Aziz manakala simbolik pelepasan balik ke Kuching telah disempurnakan oleh Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak YB Datuk Sebastian Ting Chiew Yew selepas sesi kunjungan hormat di pejabat beliau di Miri.

Turut bersama terlibat iaitu pensyarah pengiring, Encik Mervin Gumba anak Sigai Puan Emaria binti Ahmad, Puan Nurul Dafiqah binti Kamarulzaman dan Puan Syazwanie binti Abdul Rahman.

Tinggalkan komen anda