Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Kemeriahan Sambutan Deepavali Mula Dirasai

By 25 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/ foto: R.Vikkneswaran (Seberang Perai Selatan)

NIBONG TEBAL, 25 Okt (Malaysiaaktif) – Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan telah menganjurkan Program Sepakat@Komuniti bersempena sambutan Deepavali Peringkat Daerah Seberang Perai Selatan di Dewan Sekolah Kebangsaan Methodist Nibong Tebal di sini. Seramai 200 orang pelajar, penduduk dan pemimpin setempat sekitar Parlimen Nibong Tebal turut hadir untuk menjayakan program ini.

Program yang telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Jawi, Hng Mooi Lye juga memperlihatkan pameran dari kolej komuniti, Muzium Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang, KWSP dan Mobile@Kiosk Pejabat Penerangan Daerah Seberang Selatan untuk memberi informasi mengenai peluang pendidikan dan memasarkan info terkini kerajaan.

Sesi taklimat

Sesi taklimat

Selain itu, Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Pulau Pinang, Izzuddin turut menyampaikan Taklimat B40 dan MySalam, manakala Taklimat I-Suri telah disampaikan oleh Pegawai KWSP Seberang Jaya, Balamurugan Naidu. Persembahan silambam, iaitu seni pertahanan diri tradisional kaum india dari Persatuan Silambam Porkalai Pulau Pinang turut menarik perhatian orang ramai.

Salah seorang penduduk Taman Sentosa, R.Gunalan, 71, ketika ditemui berkata “Program malam ini amat bermanfaat kerana taklimat yang disampaikan berkaitan Peka B40, MySalam dan I-Suri telah diberi penerangan yang cukup baik dan mudah memahami oleh para hadirin serta mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan atas penganjuran program ini.”

Di antara tetamu yang hadir

Di antara tetamu yang hadir

Hng Mooi Lye turut menyampaikan bantuan barangan keperluan harian kepada 35 keluarga terdiri daripada golongan B40, ibu tunggal, warga emas dan penyampaian beg sekolah kepada 30 orang pelajar sempena perayaan Deepavali yang akan diraikan tidak lama lagi.

-II-

Tinggalkan komen anda