Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

KHM Memperkasakan Jaringan Komunikasi Secara Menyeluruh

By 30 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto : Suhana Mohd Ariffin/Mohd Najib Mohaini (Johor Bahru)

PONTIAN, 30 Okt (Malaysiaaktif) – Komuniti Harapan Malaysia atau singkatannya KHM amat sinonim dengan kelompok komuniti bagi memastikan kebolehcapaian maklumat dapat diterima oleh rakyat.

Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Johor telah menganjurkan program [email protected] di Dewan Terbuka Taman Emas Merah, Pekan Nanas, Pontian bagi menyampaikan watikah kepada 20 KHM dari daerah Johor Bahru, 15 KHM daerah Kota Tinggi, 7 KHM daerah Kulai dan 10 KHM daerah Pontian, di sini, pagi tadi.

Dr. Dzulkefly Ahmad percaya KHM mampu mewujudkan hubungan yang akrab dan ukhuwah yang erat diantara masyarakat.

Sr. Dzulkefly Ahmad percaya KHM mampu mewujudkan hubungan yang akrab dan ukhuwah yang erat diantara masyarakat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pekan Nanas, Yeo Tung Siong berkata beliau yakin KHM akan dapat memikul tanggungjawab dalam meningkatkan kefahaman dan penghayatan masyarakat setempat terhadap dasar-dasar kerajaan disamping memperkasakan jaringan komunikasi dan kerjasama antara rakyat.

“Saya percaya Program [email protected] bukan sahaja sebuah program yang memberi penerangan secara meluas mengenai isu-isu semasa malah dilihat sebagai satu kaedah untuk memupuk semangat perpaduan dikalangan rakyat,” ujarnya lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Multimedia dan Komunikasi Negeri Johor, Sr. Dzulkefly Ahmad berkata program yang disusun oleh KHM mampu mewujudkan hubungan yang akrab dan ukhuwah yang erat di antara masyarakat, malah menjadi satu medium penting dalam memasarkan maklumat kerajaan.

Pengerusi KHM bersama watikah yang diterima.

Pengerusi KHM bersama watikah yang diterima.

“Kerjasama yang jitu antara jabatan kerajaan seperti Jabatan Penerangan dan masyarakat ini wajar dijadikan contoh yang baik kepada semua jabatan kerajaan dalam mendekati masyarakat setempat.”

“Di samping itu, jangan kita ketepikan keunikan Negara kita yang mempunyai pelbagai kaum di mana keharmonian dan perpaduan di antara kita perlu sentiasa dipelihara,” ujarnya ketika menyampaikan ucapan perasmian Program [email protected]

Dr. Sundarash percaya penyebaran maklumat ke kawasan kampung dan komuniti lebih mudah melalui aktiviti KHM.

Dr. Sundarash percaya penyebaran maklumat ke kawasan kampung dan komuniti lebih mudah melalui aktiviti KHM.

Menurut Dr Sundarash Balakrishnan yang merupakan Pengerusi Komuniti Harapan Malaysia Tiram 2, Johor Bahru, program ini dapat membantu masyarakat yang tinggal di pedalaman menerima maklumat dengan mudah dan berkesan.

“Saya percaya aktiviti KHM akan banyak memberi manfaat kepada seluruh pelusuk masyarakat dalam menerima maklumat yang tepat dan jelas  mengenai dasar-dasar kerajaan,” katanya.

KHM adalah rakan strategik Jabatan Penerangan yang memperkasakan jaringan komunikasi dan kerjasama antara rakyat serta memasarkan penghayatan dasar-dasar kerajaan.

 

-NI-

Tinggalkan komen anda