Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Pertandingan Perpustakaan Keluarga Platform Galakan Membaca

By 11 Oktober 2019Tiada komen4 minit bacaan

Laporan/foto : Anuar Che Amat (Kangar) 

KANGAR, 10 Okt (Malaysiaaktif) – Dalam usaha untuk memupuk minat membaca di kalangan penduduk, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis (PPANPs) telah menganjurkan Pertandingan Perpustakaan Keluarga dan Pertandingan Sudut Bacaan untuk agensi kerajaan di negeri ini.

Menurut Pengarah PPANPs Azizi Janan objektif pertandingan ialah untuk mengalak dan menyokong perwujudan perpustakaan keluarga serta sudut bacaan sebagai salah satu cara untuk menyebarkan bahan bacaan dan menjadikan minat membaca sebagai aktiviti riadah di rumah dan pejabat serta mengalakkan peserta mengumpul bahan bacaan dan menyusun bahan tersebut secara kreativiti dan bersistematik.

“Pertandingan ini telah menyaksikan seramai 51 peserta bagi kategori Pertandingan Perpustakaan Keluarga dan 27 peserta bagi kategori Agensi dan Jabatan Kerajaan mengambil bahagian dan secara tak langsung ia juga membolehkan kesemua penghuni rumah tersebut dan kakitangan di agensi kerajaan menjadi penyumbang ahli perpustakaan yang seramai 5,827 orang setakat Ogos tahun ini,” ujarnya.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) Ahmad Zakaria (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Padang Keria yang telah menjadi Johan Pertandingan Sudut Bacaan Agensi Kerajaan.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) Ahmad Zakaria (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Padang Keria yang telah menjadi Johan Pertandingan Sudut Bacaan Agensi Kerajaan.

Tambah beliau lagi, perpustakaan keluarga atau sudut bacaan di rumah boleh menjadi saluran yang terbaik untuk menerapkan minat membaca di kalangan keluarga tersebut kerana ia mempunyai ruang yang menempatkan bahan-bahan bacaan seperti buku, majalah, akhbar, pita kaset dan rakaman video manakala sudut bacaan bagi agensi kerajaan pula ia menempatkan bahan bacaan dan majalah untuk rujukan kakitangan dan orang ramai yang berurusan di pejabat tersebut.

Ujar Azri lagi, beliau melihat peserta-peserta yang memasuki pertandingan ini begitu bersunguh-sunguh untuk merealisasikan sebuah perpustakaan di rumah serta permis pejabat masing-masing dan ini boleh dilihat dari perubahan dari fasa pertama lawatan khidmat nasihat dari 23 Julai dan seterusnya pada peringkat penjurian awal dan akhir pada 2 dan 3 Oktober tahun ini.

“Selain itu, pihak PPANPs telah merekodkan 21 jabatan di negeri ini telah membuat pinjaman berkelompok bagi bulan Januari hingga September dan 182 lagi jabatan di beberapa rangkaian perpustakaan di negeri ini,” ujar beliau lagi.

Johan bagi Kategori Perpustakaan Keluarga telah dimenangi oleh Halimah Karjoo (Humairah’s Hakim Tiny Library) dengan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM600 berserta buku yang bernilai RM400 dan sijil penyertaan.

Azizi Janan, Pengarah Perpustakaan Awam Negeri Perlis menyampaikan cenderahati kepada Puan Nuranisha Sharif dari Jabatan Penerangan Negeri Perlis (wakil media).

Azizi Janan, Pengarah Perpustakaan Awam Negeri Perlis menyampaikan cenderahati kepada Puan Nuranisha Sharif dari Jabatan Penerangan Negeri Perlis (wakil media).

Anisrumiza Awang @Anzimat yang mempertengahkan  sudut (My Family Reading Corner) pula diumum sebagai pemenang Naib Johan dimana beliau menerima wang tunai RM480, buku serta sijil penyertaan manakala Perpustakaan Keluarga Damai Hati hasil ilham dari Raudah Noh@Mat Rejab di tempat ketiga dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM300, buku dan sijil penyertaan.

Sekolah Kebangsaan Padang Keria pula telah dinobatkan sebagai johan bagi kategori Sudut Bacaan Agensi Kerajaan melayakkan sekolah tersebut menerima hadiah wang tunai berjumlah RM1,000 serta buku dan sijil iringan.

Naib Johan menerima wang tunai RM700, sijil dan buku  menjadi milik Jabatan Imigesen Malaysia Negeri Perlis dan Jabatan Perhutanan di tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM500, sijil dan buku.

Pengarah Perpustakaan Cawangan dan Komuniti Puan Fadhillah Aini Md Yusof, mewakili Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia ketika merasmikan Majlis Apresiasi 2019 sempena Penyampaian Hadiah Pertandingan Perpustakaan Keluarga dan Pertandingan Sudut Bacaan Agensi Kerajaan tersebut memaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan berhasrat untuk menjadikan tempoh 10 tahun dari tahun 2021 hingga 2030 sebagai Dekad Membaca Kebangsaan dalam usaha untuk membentuk masyarakat Malaysia yang berilmu dan  bertaraf dunia.

Turut di adakan program membaca selama 3 minit di majlis tersebut.

Turut di adakan program membaca selama 3 minit di majlis tersebut.

“Menyokong hasrat ini, Perpustakaan Negara Malaysia dan Perpustakaan Awam Negeri akan memperhebatkan kempen-kempen membaca di seluruh pelosok negeri dan kajian The World Literate Nation (Negara Paling Celik Huruf Sejagat) menunjukkan pada tahun 2016 meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-53 dan jauh berada di belakang Singapura di kedudukan ke-36,” jelas beliau.

Di atas faktor tersebut beliau berharap supaya semua pihak dapat mengembleng tenaga memacu keluarga dan pekerja di agensi kerajaan masing-masing untuk membudayakan minat membaca dan dengan kemudahan teknologi yang serba canggih kini, banyak bahan bacaan boleh diakses dari telefon pintar yang mempunyai capaian internet.

“Ia bukan lagi alasan untuk masyarakat tidak membaca kerana kerana PNM telah menyediakan pangkalan data u-pustaka untuk diakses dan perkhidmatan ini adalah percuma,” ujar Fadhilah lagi.

Turut hadir, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, Rozieana Ahmad merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah PPANPs, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan)  Negeri Perlis, Ahmad Zakaria, barisan ketua-ketua jabatan Negeri dan Persekutuan serta tetamu jemputan.

Di akhir majlis turut diadakan penyampaian sijil penghargaan kepada beberapa agensi kerajaan di Negeri Perlis yang sentiasa membantu menjayakan  program-program anjuran PPANPs.

-NI-

Tinggalkan komen anda