Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

PPR Kampung Permatang Tok Suboh Sedia Diduduki

By 17 Oktober 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/ foto: Mohd Zahari Zakaria (Seberang Perai Tengah)

BUKIT MERTAJAM, 17 Okt (Malaysiaaktif) – Majlis Pelancaran dan Penyerahan Surat Tawaran Skim Perumahan Secara Sewa Beli bagi Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Permatang Tok Suboh di sini telah disempurnakan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Zuraida turut menyampaikan ucapan pelancaran dan menyerahkan surat tawaran skim perumahan sewa beli PPR itu kepada 80 penerima.

PPR Kampung Tok Suboh yang sedia untuk diduduki ini mempunyai 231 unit rumah teres, dibina dengan keluasan 700 kaki persegi, dengan keluasan tapak 18 hektar.

Di antara tetamu jemputan yang hadir

Di antara tetamu jemputan yang hadir

Selain itu, PPR Tok Suboh ini turut dilengkapi dengan kemudahan taman rekreasi, surau, medan selera, dan dewan serbaguna.

Penduduk yang menerima skim sewa beli hanya perlu membayar RM205 sebulan selama 20 tahun, dengan nilai akhir adalah RM49,000.

Selesai menyampaikan surat tawaran, Zuraida membuat lawatan ke rumah PPR yang telah siap dibina dan seterusnya bertemu dengan penduduk-penduduk asal Kg Tok Suboh yang tidak mendapat tawaran rumah PPR ini.

Majlis penyerahan surat tawaran PPR kepada penerima

Majlis penyerahan surat tawaran PPR kepada penerima

Turut hadir pada majlis ini adalah Exco Kerajaan Negeri, Jagdeep Singh Deo, ADUN Machang Bubok, Lee Khai Loon,Ā Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato Azhar Arshad,Ā Timbalan Ketua Setiausaha KPKT, Dato Azhar Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara, Dr. Alauddin Sidal dan pegawai-pegawai kerajaan Persekutuan dan Negeri.

-II-

Tinggalkan komen anda