Skip to main content
Berita Sabah & LabuanMASabah

Program Kampung Bersih, Penguatkuasaan Undang-undang Terap Budaya Jaga Alam Sekitar

By 28 Oktober 2019Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Matfazly Mat Kasim/Johnny George Kimlon (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 28 Okt (Malaysiaaktif) – Program Kampung Bersih dan penguatkuasaan undang-undang bagi pembuangan sampah merata tempat perlu di laksanakan dengan aktif bagi menerapkan budaya menjaga alam sekitar.

Azis menyampaikan ucapan perasmian

Azis menyampaikan ucapan perasmian

Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mohd Azis Jamman berkata, program sebegini perlu bagi memupuk dan memberi kesedaran kepada rakyat mengenai kebersihan alam sekitar dan kawasan kampung.

“Saya merancang untuk mengadakan satu program keceriaan bermula 1 Januari depan iaitu Pertandingan Kampung Terbersih seluruh Parlimen Sepanggar dan kita akan menyediakan sejumlah hadiah yang akan diumumkan selepas mesyuarat nanti.

Datuk Azis Jamman

Datuk Azis Jamman

“Kriteria utama yang akan dinilai adalah kebersihan dan keindahan kawasan sepanjang tahun 2020, bermula awal tahun hingga Disember.

“Selain itu, program kebersihan melibatkan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang akan terus diadakan bagi mendidik masyarakat untuk tidak membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya,” katanya.

Azis menyampaikan hadiah kepada johan pertandingan Kampung Terindah

Azis menyampaikan hadiah kepada johan pertandingan Kampung Terindah

Tambah beliau, pelaksanaan program ini mengambil pendekatan yang dijalankan di Daerah Semporna yang dilihat berkesan dan menunjukkan perubahan yang baik hasil dari pengkuatkuasaan undang-undang yang ketat.

Mengulas mengenai tindakan undang-undang yang boleh dikenakan, Azis memaklumkan pihaknya masih berbincang dengan agensi berkaitan dan memberi contoh denda atau perkhidmatan komuniti sebagai alternatif sekiranya individu yang didapati membuang sampah tidak dapat membayar kompaun yang diberikan.

Azis menyampaikan sijil penghargaan kepada Agensi yang terlibat.

Azis menyampaikan sijil penghargaan kepada Agensi yang terlibat.

Azis berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian Program Kekal Bersih, Sejahtera Malaysia di Tapak Pasar Inanam, pada Sabtu.

Dalam pertandingan itu, Kampung Kionsom dinobat sebagai Johan, Kampung Kebayau di tempat kedua dan Kampung Nountun ditempat ketiga. Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai dan sijil penyertaan.

Azis merasmikan papan tanda menjaga kebersihan di Tapak Pasar Malam Inanam

Azis merasmikan papan tanda menjaga kebersihan di Tapak Pasar Malam Inanam

Sebanyak 10 kampung menyertai program anjuran Rcomm Lestari Inanam sempena World Cleanup Day 2019 dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) itu.

Dalam pada itu, beberapa aktiviti lain turut berlangsung seperti pameran, ceramah anti dadah dan ceramah kesihatan.

Azis ketika ditemubual oleh media selepas majlis perasmian

Azis ketika ditemubual oleh media selepas majlis perasmian

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Perhubungan P.171 Sepanggar Raini Lekup; Pengarah AADK, Abdul Hamediee Ibrahim; Ketua Bahagian UPKO Sepanggar, Datuk Wong Thein Fook dan wakil Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Zephirius Andui.

ER

Tinggalkan komen anda