Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Sukan Wadah Perpaduan Komuniti Kampung

By 29 Oktober 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Shaharudin Suratman/Muhammad Luqmanul Hakim Azmi (Seremban)

SEREMBAN, 29 Okt (Malaysiaaktif) – Kemeriahan sambutan Bulan Sukan Negara (BSN) terus dirasai dengan pelbagai penganjuran aktiviti bukan sahaja pada peringkat negeri dan daerah malah turut diraikan pada peringkat komuniti kampung.

Program Sukaneka Komuniti Kampung Stesyen Rantau dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Pejabat Penerangan Daerah Seremban dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) berjaya menghimpunkan kira-kira 200 penduduk untuk turut serta.

Pegawai Penerangan Daerah Seremban Fauziah Abdullah, menegaskan bahawa penganjuran program sukan seumpama ini merupakan salah satu wadah yang boleh mengeratkan perpaduan dalam sesebuah komuniti.

“Melalui sukan kita mampu memupuk dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan penduduk setempat apabila setiap orang memainkan peranan dan mengambil bahagian dalam aktiviti yang dirancang.

“Kita juga perlu sentiasa memberikan sepenuh sokongan bagi memastikan kejayaan dan objektif penganjuran program dapat dicapai demi manfaat kita bersama,” katanya ketika ditemui, di sini Ahad lalu.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan Mohamad Taufek Abd. Ghani yang berkenan menyampaikan hadiah kepada peserta program.

-SH

Tinggalkan komen anda