Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMAMelaka

Bougainvillea Menjadi Kenangan – Pewaris Muda

By 2 November 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: M Zakry Chan (Melaka)

ALOR GAJAH, 2 Nov (Malaysiaaktif) – Sebanyak 20 pokok Bunga Kertas ditanam oleh peserta-peserta Program Pewaris Muda dalam aktiviti gotong – royong mencantikkan Pintu Gerbang Felda Tun Ghafar Hutan Perca di sini, hari ini.

Akmal Md Haznem, "moga menjadi kenangan saya berada di sini."

Akmal Md Haznem, “moga menjadi kenangan saya berada di sini.”

Menurut peserta, Akmal Md Haznem,19, antara aktiviti pada hari ketiga adalah khidmat masyarakat seperti gotong – royong, menanam pokok bunga, mengecat balairaya, membersihkan tapak perkuburan dan lawatan ziarah kasih.

“Saya berharap dapat datang semula ke Felda Hutan Perca ini pada masa akan datang untuk melihat pokok – pokok yang kami tanam dan bertemu ibu dan ayah angkat yang sangat mesra melayan kami seperti anak sendiri sepanjang kami di sini, “ujarnya.

Qayyum Rusli, "ini kali pertama saya mencangkul tanah dan menanam pokok, semoga pokok ini subur."

Qayyum Rusli, “ini kali pertama saya mencangkul tanah dan menanam pokok, semoga pokok ini subur.”

Manakala bagi peserta Qayyum Rusli,19, yang berasal dari Shah Alam, Selangor berkata aktiviti seperti ini jarang lakukan, dan dengan adanya program ini, Qayyum dapat merasakan suasana kerjasama dalam masyarakat dalam melaksanakan aktiviti seharian di kampung.

“Saya tidak pernah memegang cangkul apatah lagi menanam pokok, ini pengalaman untuk diri saya. Pengalaman di sini bersama keluarga angkat akan menjadi memori kehidupan saya,” katanya.

Dalam pada itu, Exco Komunikasi, Multimedia, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Belia dan Sukan Melaka, Kerk Chee Yee berkata program berkonsep komuniti dan keluarga angkat itu adalah platform baik untuk melahirkan generasi berintegriti, ditunjangi nilai murni, sopan santun dan cintakan negara.

“Ini sekaligus membina pelapis pemimpin masa hadapan negara. Peluang ini perlu digunakan sebaiknya untuk menimba ilmu dan pengalaman kerana Melaka bumi yang kaya dengan sejarah serta kepelbagaian budaya dan adat resam.

“Alihkan seketika dunia maya dan media sosial, kembali kepada kepelbagaian budaya bangsa dan adat resam kerana sejauh mana pun kemajuan dicapai, tunjang ini wajar terus dipelihara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program itu di sini, semalam.

-KN

Tinggalkan komen anda