Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Hasil Laut Dominasi Pulau Pangkor

By 11 November 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Marshita Othman/ Shamsul Bahari Abdul Shukor

PULAU PINANG, 11 Nov (Malaysiaaktif) – Hasil laut merupakan perusahaan yang terkenal di Pulau Pangkor. Terdapat pelbagai jenis hidupan laut yang dijadikan produk oleh usahawan yang mahir dalam dalam perniagaan ini.

Hasil laut paksu merupakan usahawan pertama bumiputra yang menceburi bidang perniagaan ini. Bidang ini banyak dimonopoli oleh masyarakat berbangsa cina dan beliau sendiri belajar memulakan perniagaan dari masyarakat cina. Beliau baru mulakan perniagaan  ini lebih 3 tahun yang lalu di Kampung Lalat.

Sesi taklimat kepada peserta

Sesi taklimat kepada peserta

 

Beliau juga menerima sumbangan mesin pemprosesan ikan segar dari Jabatan Pendidikan Malaysia rekaan pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) yang mampu memproses ikan mentah sebanyak 30 ekor dalam masa 1 minit.

Di antara produk paksu yang dipasarkan

Di antara produk paksu yang dipasarkan

Memandangkan permintaan hasil laut paksu kini mencecah 10 000 ribu sehari, beliau kini dalam tempoh mengumpul dana untuk membeli mesin baru bagi meningkatkan produk keluarannya.

Proses menghasilkan produk ini adalah mengunakan “teknologi solar”  yang lebih terjamin kebersihannya dan menjimatkan masa.

Antara peserta ketika mendengar taklimat yang diberikan

Antara peserta ketika mendengar taklimat yang diberikan

Menurut Saibi Abdul Majid, peserta Kembara Minda, “Kaedah dan proses pengurusan perniagaan ini mampu membuka ruang serta peluang kepada yang berminat menceburi bidang ini. Selain itu, menurutnya lagi semangat dan kegigihan Paksu membangunkan perniagaanya perlu dicontohi.”

Sesi bergambar

Sesi bergambar

“Kunjungan peserta Kembara Minda di sini merupakan satu aktiviti yang tepat dan sangat bermanfaat. Terdapat banyak perkara positif yang boleh dipelajari dan diimplimentasikan bagi mengembangkan sesebuah perniagaan katanya lagi.”

-II-

Tinggalkan komen anda