Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

Pendidikan Kunci Kejayaan: Ewon

By 1 November 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Marryan Razan (Kota Kinabalu)

KOTA BELUD, 1 Nov (Malaysiaaktif) – Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Benedick berkata kecemerlangan pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan penentu masa depan seseorang.

Sehubungan itu beliau menggesa ibu bapa supaya terus mengutamakan kecemerlangan pendidikan anak-anak bermula daripada peringkat awal persekolahan.

Ewon ketika menyampaikan sijil tamat persekolahan prasekolah.

Ewon ketika menyampaikan sijil tamat persekolahan prasekolah.

“Sesusah mana pun kehidupan kita, pendidikan anak-anak harus diutamakan kerana kejayaan dalam pendidikan mampu mengubah corak kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang.

“Seperti ibu saya, walaupun beliau menghadapi pelbagai cabaran hidup namun dia tetap memberi perhatian dan mengutamakan pendidikan kami adik-beradik sehingga berjaya mendapat segulung ijazah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Penyampaian Sijil Pendidikan Prasekolah Swasta Peringkat Daerah Kota Belud kali ke-4 tahun 2019, di Dewan SJK (C) Chung Hwa pada khamis.

Ewon ketika tiba pada majlis itu.

Ewon ketika tiba pada majlis itu.

Majlis itu dianjurkan Majlis Permuafakatan Pendidikan Prasekolah Swasta Daerah Kota Belud dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Daerah Kota Belud.

Pada majlis itu hampir 300 kanak-kanak dari 25 buah tadika swasta seluruh daerah Kota Belud masing-masing menerima sijil tamat persekolahan.

Ewon menerima cenderahati daripada Angela.

Ewon menerima cenderahati daripada Angela.

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian berkata, sebagai sokongan kepada pendidikan prasekolah khususnya di daerah Kota Belud, beliau mengumumkan sumbangan sejumlah RM50,000 untuk Majlis Permuafakatan Pendidikan Prasekolah Swasta Daerah Kota Belud.

“Pada tahun lalu saya memberikan sumbangan sebanyak RM30,000 kepada Majlis Permuafakatan untuk membeli keperluan alat-alat bantu mengajar dan tahun depan peruntukan yang sama akan diteruskan dan tambahan lagi sebanyak RM20,000 untuk menjayakan aktiviti pendidikan termasuk konvokesyen, lawatan dan sukan. Jumlah keseluruhan sejumlah tahun depan sebanyak RM50,000.

Ewon bergambar bersama guru-guru pada majlis itu.

Ewon bergambar bersama guru-guru pada majlis itu.

“Majlis Permuafakatan Pendidikan Prasekolah Swasta ini diusahakan oleh komuniti pelbagai bangsa dan agama iaitu tadika Cina, Gereja dan Agama Islam,” katanya.

Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud, Mohd Fadzli Hj.Abd Rozan, Pengerusi Majlis, Angela Teo, Guru Besar-Guru Besar Tadika, para guru dan ibu bapa.

ER

Tinggalkan komen anda