Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaPutrajaya

Program Pewaris Muda Lahir Generasi Berintegriti 

By 1 November 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Edi Rizam (Putrajaya)
ALOR GAJAH, 1 Nov (Malaysiaaktif) – Penganjuran program Pewaris Muda yang berkonsepkan community based dan keluarga angkat merupakan platform terbaik untuk mendidik dan melahirkan generasi yang berintegriti ditunjuangi dengan nalai – nilai murni  sopan santun dan cintakan negara, menurut Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari.
Menurut beliau lagi peluang yang hadir ini hendakalah digunakan sebaiknya untuk menimba ilmu dan pengalaman sepanjang program. “nikmatilah keunikan dan keistimewaan dan cara hidup orang Melaka serta pelbagai makanan tradisi yang menarik”
Kerk Chee Yee KETIKA menyampaikan ucapan perasmian mewakili Ketua Menteri Melaka

Kerk Chee Yee ketika menyampaikan ucapan perasmian mewakili Ketua Menteri Melaka

Program Pewaris Muda Peringkat Kebangsaan anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) berlangsung dari 31 Oktober hingga 3 November  berlangusng di Felda Tun Ghafar, Hutan Percha Alor Gajah, Melaka. EXCO Komunikasi, Multimedia, Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Kerk Chee Yee mewakili Ketua Menteri menyempurnakan perasmian tersebut di sini hari ini.

Salah seorang keluarga angkat menerima sijil penghargaan daripada Kerk Chee Yee

Salah seorang keluarga angkat menerima sijil penghargaan daripada Kerk Chee Yee

Program yang berkonsepkan keluarga angkat ini merupakan program tahunan (JaPen) yang telah dianjurkan bermula tahun 2003 di peringkat negeri dan dikembangkan ke peringkat kebangsaan bermula pada tahun 2013, dan tahun ini berjaya menarik penglibatan seramai 101 orang mahasiswa dan mahasiswi insistut pengajian tinggi awam dan swasta dari seluruh Negara serta 37 keluarga angkat yang terdiri daripada penduduk setempat.
Penganjuran edisi ke-7 pada tahun ini memberi peluang kepada para peserta untuk merasi sendiri kehidupan seharian sebagai peneroka felda khususnya sebagai penoreh getah dan peladang kelapa sawit meneruskan kelangsungan hidup.

sebahagian peserta dan keluarga angkat yang terlibat dengan program tahun ini di Felda Tun Ghafar, Hutan Percha

sebahagian peserta dan keluarga angkat yang terlibat dengan program tahun ini di Felda Tun Ghafar, Hutan Percha Alor Gajah

Selain itu peserta dan keluarga angkat masing-masing juga akan dilibatkan dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan antaranya aktiviti menoreh getah dan mengumpul buah kelapa sawit, aktiviti gotong-royong, sukan rakyat dan riadah sepanjang program berlangsung.
Turut hadir Datuk Ginie Lim Siew Lin, EXCO Wanita, Kebajikan dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Melaka,  Shakib Ahmad Shakir, Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Komunikasi Kreatif) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Datuk Sukari Ab Hamid Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital) Jabatan Penerangan Malaysia.

Tinggalkan komen anda