Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

Syarikat Swasta Mampu Bantu Masalah Sosial

By 25 November 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hazlinah Samsir/Volintine Jiloh(Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 24 Nov (Malaysiaaktif) – Syarikat swasta mampu menyumbang dan membantu dalam memperbaiki masalah sosial dalam kalangan masyarakat.

Menteri Pelajaran dan Inovasi, Datuk Dr Yusof Yacob berkata peluang-peluang pekerjaan yang diberikan oleh syarikat swasta dapat meningkatkan sosio ekonomi penduduk seterusnya mengurangkan gejala sosial yang tidak sihat.

“Selain itu, tanggungjawab sosial yang dilaksanakan juga antara penyumbang terbesar dalam meningkatkan taraf hidup dan meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik.

“Oleh yang demikian, kerajaan sangat menggalakkan program keusahawanan serta para pemegang ijazah masa kini disarankan untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan berbanding menunggu kerja makan gaji sahaja,” katanya dalam Majlis Makan Malam Gala Nite UNITA 2019 di sini, pada Sabtu.

Haslinda (dua dari kanan) menyampaikan cenderakenangan kepada Yusof (dua dari kiri) sambil diperhati Azhar (kiri) dan Stephen (kanan).

Haslinda (dua dari kanan) menyampaikan cenderakenangan kepada Yusof (dua dari kiri) sambil diperhati Azhar (kiri) dan Stephen (kanan).

Menurut Yusof, Persatuan Usahawan Wanita Sipitang (UNITA) merupakan satu-satunya persatuan wanita berteraskan keusahawanan.

“UNITA telah membantu ramai wanita di Sipitang dalam memulakan dan membangunkan perniagaan. Diharapkan, usaha ini dapat diteruskan tanpa dipengaruhi agenda lain yang boleh menjatuhkan fokus persatuan ini.

“Terdapat persatuan-persatuan yang tidak mampu mencapai matlamat dan objektif kerana digunakan sebagai medium politik dan akhirnya berpecah belah. Oleh itu, UNITA perlu terus fokus dalam memajukan wanita yang menceburi bidang keusahawanan,” katanya lagi.

Turut berlangsung adalah persembahan produk dari usahawan wanita Sipitang, penyampaian sumbangan kepada usawahan bagi membangunkan perniagaan dan penyampaian anugerah kepada usahawan wanita yang cemerlang.

Sebahagian ahli Usahawan Wanita Sipitang mempamerkan produk masing-masing.

Sebahagian ahli Usahawan Wanita Sipitang mempamerkan produk masing-masing.

Hadir sama, Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri; Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Azhar Matussin; Pegawai Daerah Sipitang, Matlin Dullah; Pengarah Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan, Datuk Stephen Sampil dan Pengerusi UNITA, Haslinda Hadis.

ER

Tinggalkan komen anda