Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Bantuan Persekolahan Tahun 2020 Peringkat Parlimen Tasek Gelugor

By 11 Disember 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Salawati Mat Shariff (Seberang Perai Utara)

SUNGAI DUA, 10 Dis (Malaysiaaktif) – Program Penyampaian Bantuan Sekolah anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Pulau Pinang Tahun 2019, Peringkat Parlimen Tasek Gelugor telah berlangsung di Dewan Muhibbah, Merbau Kudung, semalam.

Seramai 144 penerima bantuan JKM melibatkan penduduk dari DUN Teluk Air Tawar, DUN Sungai Dua dan DUN Permatang Berangan dengan peruntukan sebanyak RM36, 620.00.

Berucap di majlis tersebut, ADUN Kawasan Teluk Air Tawar, Mustafa Kamal Ahmad berharap agar sumbangan ini dapat mengurangkan beban kewangan penerima dalam penyediaan persekolahan anak-anak mereka untuk sesi persekolahan tahun 2020.

Sesi penyampaian sumbangan kepada penerima

Sesi penyampaian sumbangan kepada penerima

Beliau menambah, dalam aspek pendidikan kepada kanak-kanak, kerajaan telah memperkenalkan banyak inisiatif sejak peringkat awal kanak-kanak lagi antaranya melalui Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) hingga ke peringkat menengah. Manakala bagi kanak-kanak kurang upaya (OKU) pula, turut di sediakan pendidikan awal di sekolah-sekolah pendidikan khas di bawah Jabatan Pendidikan atau boleh mendapat pendidikan dan kemahiran melalui Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) di bawah kelolaan JKM.

Antara yang hadir

Antara yang hadir

Beliau turut menegaskan, proses pendidikan yang menyeluruh kepada kanak-kanak ini amat penting bagi persediaan mereka di masa hadapan terutama dalam bidang pekerjaan dimana ia merangkumi pendidikan akhlak, moral, sosial dan keperibadian.

Sementara itu, seorang penerima kumpulan B40, Punitha a/p Suresh Kumar, 31 telah menzahirkan rasa terima kasih kepada pihak JKM kerana dipilih selaku penerima dan ini adalah kerana kali pertama beliau menerima sumbangan tersebut.

Punitha, 31, di antara penerima sumbangan

Punitha, 31, di antara penerima sumbangan

Turut hadir, Adun-Adun Kawasan Sungai Dua dan Permatang Berangan dan Penyelaras-penyelaras Kadun.

Edaran bahan penerbitan Jabatan Penerangan kepada tetamu yang hadir

Edaran bahan penerbitan Jabatan Penerangan kepada tetamu yang hadir

Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Utara turut mengambil kesempatan mengedarkan bahan-bahan penerbitan Jabatan Penerangan Malaysia kepada penerima-penerima bantuan yang memenuhi dewan tersebut.

-II-

Tinggalkan komen anda