Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Bantuan Sekolah Peringkat Parlimen Kepala Batas

By 16 Disember 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/ foto: Salawati Mat Shariff (Seberang Perai Utara)

KEPALA BATAS, 16 Dis (Malaysiaaktif) – Program Penyampaian Bantuan Sekolah anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Pulau Pinang Tahun 2019, Peringkat Parlimen Kepala Batas telah berlangsung di Dewan SMK Dato’ Kailan, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal, Datuk Ir Haji Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman semasa ucapannya memberitahu kos keseluruhan yang telah diperuntukkan oleh kerajaan negeri bagi bantuan sekolah ini adalah sebanyak RM499, 880.00  melibatkan seramai 1457 penerima JKM yang layak menerimanya.

Penyampaian sumbangan kepada penerima

Penyampaian sumbangan kepada penerima

Beliau turut menjelaskan bagi daerah Timur Laut, terdapat seramai 323 penerima terlibat dengan kos tertinggi iaitu sebanyak RM120, 160.00 diikuti daerah SPU seramai 472 penerima melibatkan kos sebanyak RM120,000.00. Seterusnya daerah SPS seramai 218 penerima dengan kos sebanyak RM94, 320.00 dan untuk daerah SPT melibatkan  267 penerima dengan kos sebanyak RM93,120.00 manakala bagi daerah Barat Daya melibatkan kos sebanyak RM72, 280. 00 kepada 177 penerima JKM yang layak.

Di antara penerima sumbangan

Di antara penerima sumbangan

Beliau berharap sumbangan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi perbelanjaan persekolahan anak-anak untuk sesi persekolahan tahun 2020 dan sedikit sebanyak memberi kegembiraan kepada ketua keluarga dalam meringankan beban kewangan yang ditanggung.

Salah seorang penerima, Norizan Yahya, 41, berasa amat gembira kerana turut menerima sumbangan sebanyak RM220.00 untuk menampung belanja persekolahan anak sulungnya, Muhammad Haziq Akmal Anuar, 16, pelajar Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Al Madrasah Al Khariah Al Islamiah, Pokok Sena. Beliau juga merupakan seorang suri rumah dan tidak dapat keluar bekerja kerana perlu menjaga dan menguruskan suaminya yang menghidap penyakit buah pinggang kritikal sejak setahun yang lalu.

Penerima sumbangan bersama anaknya

Penerima sumbangan bersama anaknya

Turut hadir,  ADUN Bertam, Khaliq Mehtab, ADUN Penaga, Mohd Yusri Mat Piah dan Pegawai Daerah SPU. Zulkifli Rashid.

-II-

Tinggalkan komen anda