Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

PAWE Sediakan Kemudahan Riadah Untuk Warga Emas

By 16 Disember 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/ foto: Lizza Imelia M. Sulanah (Seberang Perai Tengah)

BUKIT MERTAJAM, 16 Dis (Malaysiaaktif) – Pusat Kelab Aktiviti Warga Emas (PAWE) Bukit Mertajam bakal menjadi lokasi berkumpul warga emas untuk melaksanakan aktiviti waktu lapang mereka.

“Usia bukanlah penghalang bagi warga emas untuk bersosial dan berkawan bagi mengelakkan sindrom kesunyian yang sering dialami oleh ibubapa apabila mereka sudah menjangkau usia emas,” kata Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga, Keterangkuman Gender dan Agama Selain Islam merangkap ADUN Padang Lalang, Chong Eng dalam ucapannya sempena program Emas Permata Keluarga dan perasmian Pusat PAWE Bukit Mertajam, di sini semalam.

Ucapan perasmian

Ucapan perasmian

Program anjuran bersama MPKK Sungai Rambai Fasa 1, Jabatan Kebajikan Masyarakat SPT dengan Pusat Khidmat ADUN Padang Lalang ini mendapat sambutan baik serta menfokuskan kepada aktiviti untuk warga emas dan kanak-kanak.

Demo MyPapaCare iaitu urutan ringkas khas untuk warga emas lelaki

Demo MyPapaCare iaitu urutan ringkas khas untuk warga emas lelaki

Antara aktiviti menarik program ini adalah pameran daripada agensi kerajaan, pemeriksaan kesihatan percuma, pertandingan mewarna, permainan sand art, giant bubble, karom, dam haji, pemberian bantuan kepada keluarga yang kurang berpendapatan dan juga pendaftaran ahli PAWE.

Penyampaian bantuan berupa keperluan kepada warga emas dan keluarga miskin

Penyampaian bantuan berupa keperluan kepada warga emas dan keluarga miskin

Program ini juga bertujuan untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang kewujudan PAWE di Bukit Mertajam yang beroperasi di Dewan Orang Ramai Taman Mutiara. Kelab Pusat Aktiviti warga emas ini beroperasi setiap hari bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

-II-

Tinggalkan komen anda