Laporan/foto: Fauziah Abdullah/Shaharudin Suratman (Seremban)
SEREMBAN, 3 Dis (Malaysiaaktif) ā Berperanan sebagai penyampai maklumat kerajaan dan mengimarahkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia, Komuniti Harapan Malaysia (KHM) terus mendekati masyarakat melalui pelbagai penganjuran aktiviti bagi menarik minat penduduk setempat.
Selaras dengan hasrat tersebut, KHM Taman Arowana Impian di sini telah menganjurkan Program Sepakat@Komuniti dengan pelbagai pengisian yang sesuai untuk semua peringkat umur bagi memastikan penganjuran mendapat penyertaan yang maksimum daripada penduduk setempat.
Pengerusi KHM Taman Arowana Impian, Fakrurazi Hamat, berkata ini adalah program pertama anjuran KHM kawasan ini, mereka mengharapkan penyertaan sebanyak mungkin daripada penduduk bagi memastikan mereka sedar akan kewujudan KHM dan seterusnya mendapat manfaat bersama melalui penubuhannya terutamanya daripada aspek informasi yang tepat berkaitan kebajikan komuniti itu sendiri.
āSebenarnya banyak yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat, namun kekurangan sumber membuatkan mereka salah faham dan tidak tahu tentang inisiatif kerajaan ini.
āOleh itu, kami berharap dengan penubuhan KHM Taman Arowana Impian ini, kami akan menjadi ejen penyampaian maklumat yang berkesan bagi memastikan masyarakat setempat mendapat segala maklumat yang mereka perlukan dengan cepat, tepat dan sahih,ā katanya.
Pelbagai aktiviti sukan rakyat berlangsung sempena program tersebut iaituĀ pertandingan congkak, permainan karom, rebut kerusi, bawa bola ping-pong dalam sudu, rebut gula-gula dan sebagainya.
Di samping itu, turut diadakan pertandingan gubahan, pertandingan beyblade, pertunjukan silat dan ceramah agama.
-AK