Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Kuantan Rai Murid Kurang Berkemampuan

By 23 Disember 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/ foto: Hafiz Khairon (Kuantan)

KUANTAN, 23 Dis (Malaysiaaktif) – Seramai 506 orang murid dari 21 buah sekolah dalam Parlimen Kuantan menerima sumbangan berupa set barangan persekolahan sempena Program Jom Ke Sekolah 2020.

Program anjuran bersama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kuantan dan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ini bertujuan untuk membantu dan meringankan beban keluarga berpendapatan rendah bagi membuat persediaan persekolahan yang bakal bermula tidak lama lagi.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hajah Fuziah Salleh berkata, Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM2.33 juta kutipan zakat dan sebanyak RM84,249.00 telah diperuntukkan kepada penerima sumbangan di Parlimen Kuantan.

“Pemberian sumbangan kepada para pelajar ini telah disampaikan secara berperingkat sejak November lalu sehingga hujung bulan ini,” katanya.

Fuziah yang merupakan Ahli Parlimen Kuantan turut memberitahu, daripada 506 orang murid ini, 43 orang murid merupakan penerima bukan Islam yang dipilih daripada golongan tidak berkemampuan dan bersesuaian dengan konsep Rahmatan Lil Alamin yang dibawa oleh kerajaan.

Turut hadir semasa program berkenaan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum Sim Chon Siang, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Takwa Zabidi Nasa dan Pengarah Penerangan Negeri Pahang, Mohd Salmun Mustafa.WhatsApp Image 2019-12-23 at 16.56.36

-KN

Tinggalkan komen anda