Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Politeknik Merlimau ke-275 Terbaik Dunia

By 7 Disember 2019Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rozer Masudin (Merlimau)

MERLIMAU, 7 Dis (Malaysiaaktif) – Politeknik Merlimau (PMM) telah berjaya memperbaiki kedudukan dalam UI Green Metric World University Ranking 2019 apabila menduduki tangga ke-275 daripada 780 penyertaan seluruh dunia sebagai kampus paling lestari dan hijau di seluruh dunia.

Menurut Pengarahnya Rosli Hamid, pencapaian tersebut juga telah meletakkan PMM selaku institusi pendidikan yang ke-11 terbaik di Malaysia seperti yang dikeluarkan oleh pihak UI Green Metric.

“Apa yang lebih membanggakan mengenai pencapaian ini, kami turut berada di hadapan berbanding universiti tempatan yang lain seperti UKM, UCAM, UNIMAP, UMT, UTHM, UIAM, USIM dan UPSI,” katanya dalam satu kenyataan.

Rosli turut berkata, pencapaian ini jauh lebih baik berbanding tahun 2018 kerana telah naik daripada kedudukan 336 kepada 275.

“Saya ingin memberi penghargaan kepada seluruh warga PMM terutamanya Jawatankuasa Hijau PMM yang sekian lama amat komited dalam memastikan PMM yang terbaik di Malaysia dalam aspek kelestarian hijau dalam kalangan politeknik dan seterusnya dapat memintas beberapa universiti awam dalam hal ini,” katanya.

Untuk rekod, UI GreenMetric World University dimiliki oleh Universitas Indonesia yang merupakan sistem penilaian ranking berdasarkan kelestarian kampus tertua di dunia iaitu dilaksanakan sejak 2010.

-SH

Tinggalkan komen anda