Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Stor Simpanan Barang Tokong Hangus

By 10 Januari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Abd. Aziz Osman (Seberang Perai Tengah)

BUKIT MERTAJAM, 10 Jan (Malaysiaaktif) – Stor penyimpanan barang-barang tokong hangus dijilat api dalam satu kejadian kebakaran di Taman Sentosa, Jalan Kulim petang semalam.

Kebakaran yang bermula sekitar jam 5.15 petang itu telah menyebabkan suasana panik di kalangan orang ramai yang berada di situ berikutan kejadian kebakaran ini berlaku bersebelahan dengan sebuah stesen minyak di sini.

Api marak dengan cepat memandangkan stor ini menyimpan barangan yang mudah terbakar

Api marak dengan cepat memandangkan stor ini menyimpan barangan yang mudah terbakar

Api kebakaran merebak dengan begitu cepat dan menyebabkan hampir keseluruhan barangan di dalam stor tersebut hangus terbakar. Kebakaran tersebut telah berjaya dikawal sebaik sahaja anggota bomba tiba ke tempat kejadian.

Kebakaran itu telah berjaya dipadamkan sepenuhnya sekitar jam 7.13 petang oleh anggota bomba dari Balai Bomba Bukit Mertajam, Balai Bomba Bandar Perda dan turut dibantu oleh Jentera Bomba Sukarela Berapit, Bomba Sukarela Sungai Puyu, Bomba Sukarela Kota Permai, Bomba Sukarela Padang Lalang, Bomba Sukarela Permatang Tinggi, Bomba Sukarela Permatang Pauh, dan Bomba Sukarela Raja Uda.

Anggota Bomba mengawal kebakaran dari terus merebak

Anggota Bomba mengawal kebakaran dari terus merebak

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Punca kejadian dan jumlah kerugian masih lagi disiasat. Kejadian ini turut menyebabkan kesesakan hampir dua kilometer di Jalan Soon Beng Keng menuju ke persimpangan Jalan Kulim memandangkan ianya berlaku di waktu puncak.

-II-

Tinggalkan komen anda