Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Akses Maklumat Rasmi Kerajaan Melalui Kod QR

By 12 Januari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Nurazreen Bt Abd Rahman (Seberang Perai Utara)

BUTTERWORTH, 12 Jan (Malaysiaaktif) – Jabatan Penerangan Malaysia ( JaPen) telah dipertanggungjawabkan sebagai influencer agensi kerajaan yang utama dalam memasarkan informasi dasar-dasar kerajaan serta maklumat kerajaan. Dengan kepesatan informasi untuk diberikan kepada masyarakat, JaPen juga telah mempertingkatkan kaedah menyampaikan maklumat supaya lebih mudah dan menggunakan perisian teknologi yang terkini.

Jesteru JaPen Pulau Pinang telah mengambil langkah aktif dengan menyusun semua strategi gerak kerja untuk memastikan matlamat menyampaikan informasi adalah selaras dengan perubahan era teknologi bermaklumat.

Antara pengujung yang mengimbas Kod QR JaPen Pulau Pinang

Antara pengunjung yang mengimbas Kod QR JaPen Pulau Pinang

Jabatan Penerangan Malaysia Pulau Pinang telah menggunakan sejenis kod bar generasi kedua(QR)dan dikenali sebagai QR4info. Dengan menggunakan telefon pintar, cuma 3 langkah mudah diperlukan untuk mendapatkan pelbagai informasi mengenai dasar-dasar Kerajaan Persekutuan dan Negeri Pulau Pinang di laman Facebook Rasmi Jabatan Penerangan Malaysia Pulau Pinang dapat diakses. Dengan hanya memuat turun applikasi QR Code, proses mengimbas QR Code dan pengguna boleh mengetik butang tanda ‘Like’ pada laman rasmi Facebook JaPen Pulau Pinang yang mempunyai pelbagai maklumat rasmi dan infografik serta aktiviti jabatan.

Pengunjung turut mengimbas Kod QR JaPen Pulau Pinang

Pengunjung turut mengimbas Kod QR JaPen Pulau Pinang

Sempena Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina 2020 Peringkat Parlimen Bagan, JaPen Pulau Pinang telah turun padang di Rumah Berhala Guan Yin Ting Dou Mu Gong, Butterworth dalam mencuba kaedah  memasarkan maklumat melalui medium bersemuka. JaPen Pulau Pinang turut  mengadakan pameran dan edaran bahan-bahan penerbitan serta menyampaikan informasi berkenaan inisatif kerajaan seperti MySalam, PeKa B40, serta mempromosikan JaPen Pulau Pinang melalui QR4info bagi memudahkan pengguna mengakses laman rasmi Facebook JaPen Pulau Pinang dengan mudah dan pantas.

Kehadiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow ke ruangan pameran JaPen Pulau Pinang juga melihatkan beliau mencuba sendiri mengimbas QR Code bersama-sama dengan ADUN Bagan Jerma, Soon Lip Chee, ADUN Bagan Dalam, Satees Muniandy serta ADUN Sungai Puyu, Phee Boon Poh. Ternyata beliau kagum dengan pelaksanaan JaPen Pulau Pinang dalam mempromosikan maklumat kerajaan kepada masyarakat.

Ketua Menteri P. Pinang di ruang pameran JaPen

Ketua Menteri P. Pinang di ruang pameran JaPen

Sebanyak 200 orang pelawat telah berjaya didaftar ke Facebook rasmi JaPen Pulau Pinang. Perubahan ini menandakan masyarakat negara Malaysia semakin bersedia  beralih ke era digital sepenuhnya.

-II-

Tinggalkan komen anda