Skip to main content
Berita TengahPutrajaya

Dekorasi Hiasan Sambutan Tahun Baharu Cina Bukan Bersifat Keagamaan – Gobind

By 8 Januari 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto :  Ihsan BERNAMA

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Malaysiaaktif)  – Tiada sebarang masalah dalam membuat dekorasi hiasan sambutan Tahun Baharu Cina di sekolah memandangkan ia bukan bersifat keagamaan dan bukan satu perayaan keagamaan, jelas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Puchong berkata membuat hiasan bagi meraikan sesuatu acara kebudayaan seperti sambutan Tahun Baharu Cina merupakan satu perkara biasa.

“Kita adalah masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya dan kita meraikan acara seperti ini di peringkat kebangsaan sejak bertahun-tahun lalu.

“Kita perlu menghormati satu sama lain dan sama-sama meraikan acara seperti ini,” katanya menerusi kenyataan yang disiarkan di laman Facebook rasmi beliau mengenai isu hiasan sambutan Tahun Baharu Cina di SMK Pusat Bandar Puchong 1, Pusat Bandar Puchong.

Semalam, sebuah portal berita melaporkan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) mengancam untuk melaporkan sekolah itu kononnya hiasan Tahun Baharu Cina tersebut bersifat keagamaan.

Sehubungan itu, Gobind berkata kebimbangan yang telah dibangkitkan oleh Putra itu adalah tidak berasas dan berpendapat bahawa sekolah tersebut tidak seharusnya tunduk kepada tuntutan seperti itu.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda