Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Didik Jaga Kebersihan Dari Peringkat Awal

By 29 Januari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norsaedah Haron/Abassalimi Mohamad (Kluang)

KLUANG, 29 Jan (Malaysiaaktif) – Isu kesihatan rakyat merupakan prioriti utama pihak kerajaan pada hari ini di mana pelbagai usaha telah dilakukan dalam menangani masalah penularan wabak-wabak seperti influenza dan Novel Koronavirus yang menjadi viral sejak akhir-akhir ini.

Seramai 1200 orang peserta yang terdiri daripada para pelajar serta kakitangan sekolah telah terlibat dalam Program Kempen Kesedaran Wabak Influenza Peringkat Negeri Johor yang telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu, di sini, hari ini.

Sebahagian pelajar yang menyertai program pada hari ini.

Sebahagian pelajar yang menyertai program pada hari ini.

Program kempen ini merupakan anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Johor dengan kerjasama Pejabat Kesihatan, Pejabat Pendidikan, Pejabat Penerangan, Majlis Belia Daerah, Pertubuhan Ihsan Johor dan Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu.

Pada program ini, para peserta dibekalkan topeng muka setiap seorang dan diberikan pendedahan tentang penggunaan pembersih tangan (hand sanitizer) dengan cara yang betul oleh Pegawai Perubatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Kluang  Mohd  Zulfikri Abas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Mahkota, Muhamad Said Jonit, dalam ucapan perasmiannya berkata, “kempen menjaga kebersihan dan kesihatan ini merupakan amalan dan budaya kita dan hanya mereka yang benar-benar memahami betapa pentingnya nilai budaya dan amalan ini sahaja yang akan menghargainya.”

Beliau turut mengingatkan agar rakyat sentiasa memastikan kesahihan berita berkaitan wabak-wabak yang melanda sebelum berkongsi dan menyebarkan berita tersebut kepada orang lain, kerana tindakan menyebarkan berita palsu boleh menggangu-gugat ketenteraman dalam masyarakat serta mewujudkan situasi panik di kalangan rakyat.

Turut hadir, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu Nor Zaidi Jamiluddin, serta Pengerusi GPMS Negeri Johor Tarmizi Abdul Razak.

-NI-

Tinggalkan komen anda