Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

e-Dompet Bakal Cetus Revolusi Pembayaran Tanpa Tunai

By 21 Januari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurazreen Abd Rahman/Zanizal Zamani (Seberang Prai Utara)

BUTTERWORTH, 21 Jan (Malaysiaaktif) – Kementerian Kewangan pada pembentangan Belanjawan 2020 yang lalu telah mengumumkan satu inisiatif rangsangan digital kepada seluruh rakyat Malaysia yang dikenali sebagai program ‘e-Tunai Rakyat’. Program ini dilaksanakan bermula daripada 15 Januari sehingga 14 Mac.

Program e-Tunai Rakyat telah mengagihkan RM30 kepada setiap orang yang layak melalui e-dompet itu diharap akan menyumbang kepada pengenalan masyarakat tanpa tunai dan membantu rakyat Malaysia terutamanya dari kumpulan B40 dan M40 membiasakan diri dengan pembayaran elektronik.

Pelancaran Inisiatif e-Tunai Rakyat di Tesco Bagan Ajam

Pelancaran Inisiatif e-Tunai Rakyat di Tesco Bagan Ajam

Hanya tiga syarikat penyedia perkhidmatan mudah alih pembayaran digital yang dipilih oleh kerajaan untuk program e-tunai ini iaitu Touch n Go, Boost dan GrabPay.

Menteri Kewangan merangkap Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng, hadir untuk merasmikan majlis pelancaran inisiatif e-tunai rakyat. Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Jermal, Soo Lip Chee, ADUN Sungai Puyu, Phee Boon Poh serta wakil daripada syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan tersebut.

Beramah mesra bersama pengunjung

Beramah mesra bersama pengunjung

“Kerajaan menyasarkan lebih ramai rakyat di negara ini akan menggunakan aplikasi tersebut kerana sistem tersebut adalah baik, efisien dan telus,” ujar Guan Eng.

Inisiatif e-Tunai Rakyat ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan berpendapatan kurang RM100,000.00 setahun bagi merebut peluang mendapatkan RM30.00 yang diperuntukkan kerajaan.

Mengimbas QR code Jabatan Penerangan

Mengimbas QR code Jabatan Penerangan

Pada majlis itu juga, Pejabat penerangan daerah seberang Perai Utara mempromosikan penggunaan QR code Jabatan Penerangan seiring dengan kaedah penyebaran maklumat yang lebih meluas melalui media sosial.

-ii-

Tinggalkan komen anda