Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Info On Wheels (IOW) Fokus Pelajar Sekolah

By 31 Januari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam/ Khairunnisa Abd Rahman (Melaka Tengah)

MELAKA, 31 Jan (Malaysiaaktif) –  Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Temu antara sekolah di Melaka Tengah yang menjadi tumpuan utama program Info On Wheels (IOW) Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Negeri Melaka.WhatsApp Image 2020-01-31 at 10.38.44

Objektif utama program ini adalah untuk menyebarkan maklumat dan isu semasa dengan tepat malah ia tidak tertumpu pada komuniti mahupun peringkat negeri tetapi pelajar sekolah juga harus diberikan penerangan yang sewajarnya.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Melaka Tengah, Mohd Noor Samion ketika ditemui berkata Jabatan Penerangan (JaPen) telah mengambil satu inisiatif dengan menyebarkan maklumat yang tepat melalui IOW kepada para pelajar dalam memfokuskan isu – isu terkini.

“Seperti dilihat kini, dunia telah digemparkan dengan wabak ConoraVirus dan Japen sendiri telah turun ke sekolah yang berdekatan bagi memberikan penerangan dan kesedaran kepada para pelajar bagi mencegah wabak tersebut dari dijangkiti “, ujarnya.

Guru Sekolah SMK Padang Temu, Mohd Khairul Anuar berkata melalui kaedah dan penerangan yang telah disampaikan oleh JaPen mengenai pencegahan wabak ini kepada para pelajar dan guru akan dipraktikkan bagi kesihatan tubuh badan kelak.WhatsApp Image 2020-01-31 at 10.38.45 (1)

“Acap kali penyakit ini sering diperkatakan di media sosial mahupun televisyen dan apabila diberikan penerangan secara bersemuka ini ia mampu difahami dengan mudah serta mampu diberikan pendedahan kepada para pelajar secara terus,” ujarnya.

-KN

Tinggalkan komen anda