Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Malaysia Bawa Balik 80 Warganegara yang Terperangkap di Wuhan

By 31 Januari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Pai Syahira (Pahang)

KUANTAN, 31 Jan (Malaysiaaktif) – Malaysia akan membawa pulang rakyatnya yang masih berada di Wuhan, China yang kini ditutup susulan penularan Coronavirus dengan menggunakan penerbangan komersial.

Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah berkata kerajaan kini hanya menunggu lampu hijau bila usaha membawa pulang 80 rakyat Malaysia akan dimulakan susulan rundingan Kementerian Luar dengan Kerajaan China.WhatsApp Image 2020-01-31 at 12.44.25

Menurut Saifuddin, Kerajaan China hanya membenarkan pesawat komersial digunakan dalam usaha tersebut dan penerbangan tersebut juga akan membawa sepasukan perubatan sebagai persediaan pemeriksaan perubatan rakyat Malaysia yang akan dibawa pulang di samping turut membawa bantuan 10 juta pasang sarung tangan perubatan ke Wuhan.

“Kita akan menggunakan penerbangan komersial, kapal terbang mana kita akan umumkan kemudian bila tarikh dan sebagainya juga kita akan umumkan apabila setelah dapat pengesahan.

“Yang pasti ialah kapal terbang yang kita hantar itu juga akan membawa pegawai kesihatan dan rakyat Malaysia yang dibawa pulang itu akan menjalani saringan pemeriksaan kesihatan,” ujarnya.

Menurut Saifuddin Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang akan mengumumkan perincian lanjut termasuk tarikh sebenar penerbangan tersebut.

Tambah Saifuddin kesemua rakyat Malaysia yang akan dibawa pulang nanti akan dikuarantin terlebih dahulu bagi memastikan mereka tidak dijangkiti Coronavirus, sebelum dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

“Sebaik sahaja sampai di Malaysia mereka akan diperiksa lagi dan tengok kepada keadaan kemungkinan juga kena dikuarantin untuk beberapa ketika baru selepas itu mereka akan dilepaskan.”

Dalam pada itu, kabinet bersetuju membawa pulang dan membuka bilik operasi bencana yang berfungsi 24 jam sejak seminggu lalu dengan prinsip mensasarkan keselamatan sebagai prioriti.

Berdasarkan statistik terkini terdapat seramai 35,00 rakyat Malaysia di China,  25000 di Hong Kong,  2500 di Beijing, manakala 115 orang di Wuhan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata demikian kepada pemberita ketika makan malam sempena Sambutan Tahun Baru China peringkat Parlimen Indera Mahkota bersama hampir 1000 tetamu.

-KN

Tinggalkan komen anda