Skip to main content
Berita TengahMAPutrajaya

‘Info On Wheels’ Perluas Kesedaran Koronavirus Dalam LRT

By 31 Januari 2020Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Azuraini Abd Majid/Edawati Sulaiman (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Malaysiaaktif) – Tindakan Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JaPen WPKL) dengan menggerakkan ‘Info On Wheels’ dalam menyampaikan maklumat mengenai wabak Koronavirus (2019-nCoV) kepada masyarakat umum sekitar Kuala Lumpur mendapat sokongan padu daripada Timbalan Menteri Pengangkutan merangkap Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamarudin Jaffar.

Beliau turut turun padang bersama JaPen WPKL dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) WPKL dalam program ‘Info On Wheels’ hari ini bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai wabak serta langkah-langkah pencegahannya.

Timbalan Menteri Pengangkutan merangkap Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamaruddin Jaffar bersama Pengarah JaPen WPKL, Erwin Khairul Ahmad, Pengarah MKN WPKL, Azizah Mohamed Said dan Ketua Pegawai Operasi Rapid Rail, Abdul Hadi Amran menunjukkan pek yang mengandungi topeng penutup hidung, hand sanitizer dan risalah kepada media

Timbalan Menteri Pengangkutan merangkap Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamaruddin Jaffar bersama Pengarah JaPen WPKL, Erwin Khairul Ahmad, Pengarah MKN WPKL, Azizah Mohamed Said dan Ketua Pegawai Operasi Rapid Rail, Abdul Hadi Amran menunjukkan pek yang mengandungi topeng penutup hidung, hand sanitizer dan risalah kepada media

Sebanyak 2,500 topeng penutup hidung dan 200 pembersih tangan (hand sanitizer) sumbangan MKN WPKL serta 500 risalah mengenai langkah-langkah pencegahan turut diedarkan kepada masyarakat di sekitar Bandar Tasik Permaisuri dan pengguna LRT di stesen Salak Selatan hingga stesen Bandar Tun Razak.

“Usaha ini perlu diteruskan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai wabak Koronavirus serta langkah yang perlu untuk mencegahnya agar tiada seorang pun rakyat negara ini yang dijangkiti wabak ini”, kata Kamarudin ketika sesi sidang media.

Tambah beliau lagi, “Di dalam Mesyuarat Kabinet semalam dan sidang media oleh Perdana Menteri juga turut menekankan sekali lagi bahawa pentingnya langkah-langkah pencegahan supaya wabak ini tidak menular di negara ini.

“Allhamdullilah, setakat ini tiada lagi rakyat Malaysia yang dijangkiti wabak ini dan rata-rata rakyat yang saya temui hari ini faham dan tahu mengenai wabak Koronavirus dan langkah yang perlu diambil untuk mencegahnya”

Datuk Kamarudin diiringi Erwin Khairul dan Azizah sempat menyampaikan penerangan kepada penumpang LRT mengenai Koronavirus

Datuk Kamarudin diiringi Erwin Khairul dan Azizah sempat menyampaikan penerangan kepada penumpang LRT mengenai Koronavirus

Dalam pada itu, Pengarah JaPen WPKL, Erwin Khairul Ahmad memaklumkan Program ‘Info On Wheels’  yang dijalankan ini dapat menyebarkan maklumat yang sahih dan tepat terus kepada masyarakat.

“Sejak isu mengenai wabak Koronavirus tular di media sosial, terlalu banyak maklumat palsu yang ditularkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan masyarakat jadi panik.

“Oleh itu, pemasangan audio penerangan yang jelas di ‘horn speaker’ yunit Jabatan dan diperdengarkan ke seluruh pelusuk kawasan serta edaran risalah dan penerangan secara bersemuka oleh Pegawai Penerangan terus kepada masyarakat melalui ‘Info On Wheels’ ini masih relevan serta dapat menangkis maklumat palsu yang tersebar,” ujar beliau ketika ditemuramah.

Program ini turut disertai Pengarah MKN WPKL, Azizah Mohamed Said, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) WPKL, Datuk Ismail Mohd Zawawi dan Ketua Pegawai Operasi Rapid Rail, Abdul Hadi Amran.

-AO

Tinggalkan komen anda