
Laporan/ foto: Mohd Faizal Mat Akhir (Seberang Perai Selatan)
SUNGAI BAKAP, 17 Jan (Malaysiaaktif) – Pelbagai inisiatif-inisiatif telah diperkenalkan kerajaan untuk meringankan beban dan membantu rakyat. Dengan itu Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) telah mengadakan Program Infomania dan Mobile Kiosk bertempat di Pasar Malam Sungai Duri dalam menyalurkan maklumat kepada masyarakat.
Melalui kerjasama erat Pejabat Penerangan Daerah SPS dengan Majlis Permuafakatan Komuniti Kampung (MPKK) Sungai Duri dalam program ini, dengan jayanya info dan maklumat inisiatif kerajaan dapat disampaikan ke peringkat akar umbi. Antara inisiatif yang baru diperkenalkan ialah inisiatif e-Tunai RM30 dari Kerajaan Persekutuan.
Menurut Setiausaha MPKK Sungai Duri, Latiff Tawab, “Program Infomania dan Mobile kiosk Japen SPS ini adalah yang terbaik bagi menyalurkan maklumat inisiatif kerajaan terutama tentang e-Tunai dengan lebih jelas dan tepat.”
“Di samping itu juga, info dan maklumat dapat disasarkan terus kepada masyarakat hingga ke akar umbi,” katanya lagi.
-ii-