Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Pelaksaan Rawatan Cepat dan Tepat dengan Teknologi 5G

By 20 Januari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Farhana Azlin Lajis/Fatin Nabila Muktar (Langkawi)

LANGKAWI, 20 Jan (Malaysiaaktif) – Teknologi 5G mudah alih generasi ke-5 menghubungkan berjuta-juta peranti, membina perkhidmatan baharu dan menyokong penggunaan aplikasi secara lebih meluas yang dapat memberi kesan positif kepada aktiviti harian pengguna serta operasi perniagaan dan kerajaan.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Gobind Singh Deo, perkembangan tersebut merupakan satu kejayaan yang amat besar di mana bidang perubatan menjadi salah satu sektor yang menerima manfaat daripada perkembangan teknologi semasa diperkenalkan itu.

“Teknologi ini membolehkan para jururawat mendapat nasihat daripada doktor atau pakar yang tidak berada di pulau ini. Jadi sekiranya berlaku sesuatu kejadian di tempat yang agak terpencil di mana pesakit memerlukan rawatan segera, rawatan boleh diberi tanpa perlu menunggu ambulans sampai ke hospital yang mungkin agak jauh.

“Banyak faedah yang boleh diterima di mana kita boleh terus berbincang atau menghubungi mana-mana pakar sama ada di negara atau negeri lain, inilah kekuatan yang dapat dilihat menerusi teknologi 5G,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Maliha, di sini semalam.

Gobind Singh Deo (kanan) bersama-sama Tun Dr Mahathir (dua dari kanan) dan Datuk Seri Mukhriz (tiga dari kanan) semasa program demontrasi 5G di Hospital Sultanah Maliha.

Gobind Singh Deo (kanan) bersama-sama Tun Dr Mahathir (dua dari kanan) dan Datuk Seri Mukhriz (tiga dari kanan) semasa program demontrasi 5G di Hospital Sultanah Maliha.

Menurut Gobind, Vertikal kesihatan menerusi teknologi tele-perubatan dikenali sebagai ‘Medcom’ itu, membolehkan pelbagai data berdefinisi  tinggi (HD) boleh dihantar menggunakan sistem 5G dari mana-mana lokasi termasuk di kawasan pedalaman kepada peralatan mobil.

“Langkah itu membolehkan para pesakit menerima konsultasi pakar sebaik mereka berada di dalam ambulans dengan proses diagnosis dan pelan rawatan dapat dilakukan secara sangat tepat,” katanya lagi.

Tambahnya, teknologi 5G diharap dapat dijayakan di seluruh negara, khususnya di kawasan-kawasan tertentu pada pertengahan tahun ini.

“Kita mengambil langkah ke depan dengan menjadikan Langkawi sebagai medan ujian untuk menunjukkan apa yang boleh dilakukan oleh teknologi ini, di mana pengenalan teknologi ini akan mengubah banyak perkara termasuk pemikiran dan cara bekerja pada masa depan.

“Teknologi 5G selari dengan Pelan Gantian Optik Kesalinganhubungan Negara (NFCP) untuk menyediakan rakyat dengan kesalinghubungan digital yang mampan, menyeluruh, berkualiti tinggi dan mampu milik,” jelasnya.

-SH

Tinggalkan komen anda