Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Potongan 50 Peratus Saman Dimanfaatkan Pesalah Trafik

By 8 Januari 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Wee Kim Been (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 8 Jan (Malaysiaaktif) – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Kelantan telah membuka kaunter semakan, pindaan dan bayaran saman trafik PDRM bermula 6 hingga 8 Januari 2020, bertempat di Dewan Tan Sri Fauzi, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dari pukul lapan pagi sehingga enam petang menawarkan diskaun saman sebanyak 50 peratus tertakluk kepada terma dan syarat.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Kota Bharu Kelantan, Supertenden Mohd Zamri Mohd Rowi , menjelaskan semua jenis saman trafik diberi pengurangan bayaran kecuali saman kemalangan, saman berstatus N/C (No Compound), saman berstatus waran tahun semasa, saman dalam perbicaraan, saman OPS selamat tahun semasa, saman berstatus mahkamah dan saman berkaitan kenderaan perdagangan.

“Kadar harga diskaun yang ditetapkan antaranya, RM300 kepada RM150, RM100 kepada RM50 dan RM250 kepada 130 dan ianya bergantung kepada setiap kesalahan yang dilakukan,” katanya.

“Sebagai contoh, kadar saman maksimum bagi kesalahan memandu melebihi had laju adalah RM300 namun jika pesalah membayar saman tersebut dalam tempoh 30 hari jumlah kompaun yang dikenakan hanya RM150 sahaja. Kadar kompaun akan dinaikkan kepada RM200 sekiranya saman itu dijelaskan dalam tempoh 31 hingga 60 hari dan kadar maksimum RM300 akan dikenakan bagi saman yang melebihi 61 hari,” Jelas Supertenden Mohd Zamri.

Siti Mariam, 50, antara pesalah trafik yang berpeluang hadir  menyelesaikan tiga saman dengan diskaun sebanyak 50 peratus.

Siti Mariam, 50, antara pesalah trafik yang berpeluang hadir menyelesaikan tiga saman dengan diskaun sebanyak 50 peratus.

Ulasnya lagi, “Pembukaan kaunter semakan, pindaan dan bayaran saman ini terpaksa ditambah bagi menampung kesesakan dan sambutan yang cukup menggalakkan daripada orang ramai (pesalah trafik) dengan jumlah kos kutipan pada hari pertama telah mencecah RM165,640.”

Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak berurusan dengan “Ulat diskaun” yang kononnya boleh mengurangkan pembayaran saman trafik dengan nilai diskaun mencecah 80 peratus bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.

Siti Mariam Abd Rahman, 50, yang telah disabitkan dengan kesalahan halangan lalu lintas pandu laju serta larangan letak kenderaan, menjelaskan melalui kaedah pembukaan kaunter semakan, pindaan dan bayaran saman terus dapat dilunaskan dengan kadar 50 peratus sememangnya dinanti-nantikan oleh sebilangan pesalah trafik sepertinya.

“Ini dapat mengurangkan kos bebanan kepada setiap pesalah trafik melebihi dari satu kesalahan yang dilakukan dan bayangkan berapa kos penjimatan yang akan diperolehi oleh setiap pesalah trafik berkenaan,” tambah Siti Mariam.

Manakala bagi, Mohd Karimi Mustapa,49, pula berpendapat melalui kaedah ini sedikit sebanyak dapat mendidik serta memberi kesedaran kepada orang ramai supaya sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya sepanjang masa, ujarnya.

-NAZ

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda