Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Sumbangan Pasca Banjir Bantu Ringankan Beban

By 24 Januari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: M. Subhi Abang/ Nik Awang Yaa’cob (Setiu)

SETIU, 24 Jan (Malaysiaaktif) – Seramai 300 orang penerima telah terpilih untuk mendapat bantuan dalam program “Dapur Rahmah: Sumbangan Pasca Banjir” yang melibatkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri dan DUN Langkap dalam Daerah Setiu yang berlangsung di Dewan Serbaguna MDS Sungai Tarom, Setiu.

Majlis penyerahan sumbangan itu di sempurnakan oleh Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM), Nik Omar Nik Abdul Aziz.

“Allah mencipta dan memberi nikmat yang luas kepada manusia. Oleh itu, nikmat yang besar perlu dihayati oleh umat Islam dan menggunakan nikmat sebagai persiapan hari akhirat kelak. Manusia perlu menerima hakikat hidup didunia yang penuh cabaran dan ujian dengan bersabar serta bersyukur terhadap Allah,” kata beliau ketika merasmikan program anjuran YADIM Negeri Terengganu dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Setiu, di sini, semalam.

Nik Omar Nik Abdul Aziz ketika menyampaikan ucapan

Nik Omar Nik Abdul Aziz ketika menyampaikan ucapan

Program yang dihadiri lebih kurang 400 orang yang terdiri daripada Ketua-Ketua Jabatan, Majlis Permuafakatan Komuniti Kampung (MPKK) dan penerima bantuan itu melibatkan mereka yang terkesan dalam bencana banjir yang melanda daerah Setiu baru-baru ini dan golongan yang berdaftar dengan E-kasih.

Bantuan yang disumbangkan berupa barangan keperluan harian yang bernilai RM50.

Nik Omar Nik Abdul Aziz menyerahkan sumbangan kepada salah seorang penerima bantuan sambil disaksikan oleh tetamu yang hadir

Nik Omar Nik Abdul Aziz menyerahkan sumbangan kepada salah seorang penerima bantuan sambil disaksikan oleh tetamu yang hadir

“Kehidupan didunia perlu ada sifat tolong-menolong antara satu sama lain tanpa mengira agama dan bangsa. Ini adalah asas kehidupan di dunia. Ini  menunjukkan tanda kekuasaan dan keagungan Allah SWT. Oleh itu, manusia perlu ada unsur toleransi, tolong-menolong dan bermaaf- maafan dalam kehidupan,” ujar beliau lagi.

Untuk mendapat Rahmah Allah SWT, umat Islam perlu bertaqwa dan taat pada Allah SWT. Dalam pada masa yang sama kita perlu berusaha, bersyukur dan berdoa kepada Allah SWT ke atas nikmat yang dikurniakan, tambah beliau lagi.

Penerima-penerima sumbangan yang hadir dalam majlis penyampaian sumbangan

Penerima-penerima sumbangan yang hadir dalam majlis penyampaian sumbangan

Hadir sama pada program tersebut ialah Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd. Kadir, Pegawai Esekutif YADIM, Kamarul Arief Tuan Soh dan Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Setiu Amizan Che Aziz.

-ii-

Tinggalkan komen anda