Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

Warga Emas Terima Rumah Baharu

By 24 Januari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hamidah Md Drus/Ahmad Fitri Jasni (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 24 Jan (Malaysiaaktif) – Seorang warga emas telah menerima kunci rumah baharu daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun di Kampung Dioh Besar, Senaling, di sini semalam.

Menurut Robiah Jamal, 57, beliau berasa amat terharu dan bersyukur  dapat menduduki rumah baharu yang selama ini diidamkan.

“Rumah yang saya duduki sebelum ini amat daif dan memerlukan banyak pembaikan dan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat untuk membantu saya,” ujarnya.

Menurut Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Senaling, Rais Basiron, pihak beliau telah mengemukakan permohonan untuk pembaikan rumah tersebut kepada Pejabat Menteri Besar pada tahun 2019, namun atas nasihat kontraktor rumah tersebut mengalami terlalu banyak kerosakan dan seeloknya sebuah rumah baru dibina untuk keselesaan tuan rumah.

WhatsApp Image 2020-01-23 at 20.52.11

Keadaan rumah lama Robiah.

“Saya berharap rumah yang telah siap dibina ini akan memberi keselesaan buat Puan Robiah untuk  menjalani kehidupan yang lebih baik,” ujar Rais Basiron.

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, pada tahun 2019 sebanyak RM10 juta telah diagihkan kepada sekolah-sekolah dan kepada masyarakat  yang memerlukan melalui saluran yang telah disediakan oleh pihaknya.

“Kita mahu masyarakat di luar bandar turut dibantu sama seperti masyarakat di bandar sejajar dengan Belanjawan 2020 di mana banyak insentif turut diberikan kepada masyarakat desa.

“Semoga aktiviti kemasyarakatan ini dapat diteruskan di masa akan datang dan diteruskan bagi membantu rakyat,” katanya ketika berucap.

-AK

Tinggalkan komen anda