Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

1, 600 Sertai Petronas LTdL 2020 Fun Run

By 10 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurazreen Abd Rahman/Zanizal Zamani (Seberang Perai Utara)

BAGAN, 10 Feb (Malaysiaaktif) – Inisiatif Sekolah Menengah Kebangsaaan Datuk Hj Abdul Kadir (SMKDHAK) menganjurkan Petronas Le Tour De Langkawi Fun Run 5KM telah mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Larian tersebut telah disempurnakan pelepasan oleh Exco Belia dan Sukan, Soo Lip Chee dan turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam dan Pengetua SMKDHAK.

Ucapan perasmian oleh Exco Belia dan Sukan, Soon Lip Chee

Ucapan perasmian oleh Exco Belia dan Sukan, Soon Lip Chee.

Seramai 1,600 peserta telah menyertai Fun Run sejauh 5KM ini yang bermula di Padang Dewan Dato’ Haji Ahmad Badawi melalui Jalan Siram, Jalan Raja Uda, Jalan Mengkuang dan Jalan Bagan Luar.

Perlumbaan Berbasikal Petronas Le Tour De Langkawi 2020 telah bermula pada 7 Februari 2020 lalu di Kuching, Sarawak dan akan berakhir 14 Februari 2020 di Pulau Langkawi dengan Pulau Pinang akan menjadi destinasi persinggahan bagi penamat peringkat keenam 12 Februari ini di Padang Kota manakala peringkat ke-tujuh pada 13 Februari akan berlepas dari Padang Dewan Dato’ Haji Ahmad Badawi ke Alor Setar.

Persembahan tarian singa oleh pelajar sekolah

Persembahan tarian singa oleh pelajar sekolah

Seramai 117 pelumba dari 20  pasukan dalam dan luar negara bertanding dalam perlumbaan Petronas Ltdl 2020 pada kali ini.

Pejabat Penerangan Daerah Seberang Prai Utara turut mengambil peluang ini untuk memberi penerangan mengenai langkah-langkah pencegahan Wabak Novel Coronavirus (2019-nCoV) di samping memberi penerangan tentang inisiatif kerajaan seperti e-Tunai Rakyat serta pengurangan kadar tol 18% yang diterima baik oleh orang ramai.

-ii-

Tinggalkan komen anda