Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

5000 Dekoder Percuma Diedarkan untuk Warga Kuching

By 15 Februari 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Norhayati Sarkawi/Jaed Tepus (Sarawak)

KUCHING, 15 Feb (Malaysiaaktif) – Warga B40 dan Orang Kurang Upaya (OKU) yang layak dan berdaftar telah menerima dekoder MYTV percuma di sini, hari ini.

Timbalan Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna merangkap Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen, berkata Syarikat MYTV telah memperuntukkan sebanyak 5,000 dekoder percuma.

“Dekoder ini akan diberikan kepada penerima di daerah ini di mana pengagihan sebanyak 2,500 unit diadakan pada pada hari ini (15 Feb) dan esok (16 Feb) dan baki selebihnya pula akan diagihkan pada 17 dan 18 Feb nanti di Batu Kawah.

“Dekoder percuma ini memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk menikmati siaran TV digital myFreeview yang berkualiti tanpa sebarang bayaran atau yuran langganan bulanan,” katanya yang ditemui sempena agihan tersebut di sebuah pusat pasaraya, di sini hari ini.

Penerima membuat semakan kelayakan di kaunter.

Penerima membuat semakan kelayakan di kaunter.

Dekoder MYTV mula diagihkan di Sarawak secara percuma pada tahun 2019.

Pada masa yang sama, Chong turut berkesempatan menyertai program Info on Wheels anjuran Jabatan Penerangan Sarawak (Daerah Kuching) dengan membantu mengedarkan risalah berkaitan COVID-19 kepada tetamu yang hadir.

Turut sama dalam program tersebut, Ahli Dewan Undangan Pending Violet Yong Wui Wui.

-SH

Tinggalkan komen anda