
Laporan/ foto: Suria Karim (Seberang Perai Selatan)
NIBONG TEBAL, 24 Feb (Malaysiaaktif) – Usaha murni yang diketuai Penolong Kanan Kokurikulum, A. Sivajothi bersama beberapa orang guru yang telah mengambil inisiatif untuk mengadakan program Sayangi Budaya Kita di SMK Methodist, Nibong Tebal adalah satu langkah yang positif.
Pelbagai acara menarik diadakan antaranya pameran pakaian, makanan dan permainan tradisional melibatkan tiga kaum utama yang ada di Malaysia iaitu Melayu, India dan Cina.
Turut diadakan juga pertandingan kolum dan persembahan tarian tradisional yang melibatkan seramai 60 orang pelajar dari Kelab Malaysiaku dan Kelab Rukun Negara dengan kerjasama dari Pusat Sumber Sekolah.
“Usaha yang dilakukan oleh warga pendidik bagi memperkenalkan adat kebudayaan pelbagai kaum yang ada di Malaysia telah diadakan bagi memberi pengetahuan mendalam kepada para pelajar atau golongan remaja masa kini,” kata A.Sivajothi Penolong Kanan Ko-Kurikulum SMK Methodist.
“Jabatan Penerangan Pulau Pinang melalui Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan juga akan berkerjasama dengan pihak sekolah untuk melaksanakan beberapa program serta aktiviti seperti Pertandingan Sketsa Rukun Negara dan Keceriaan Merdeka Bulan Kebangsaan yang bertujuan menerap nilai intergrasi kaum dengan harapan memupuk masyarakat menghormati anatara satu sama lain walaupun berlainan bangsa dan agama,” kata Farhani Ismail, Pegawai Penerangan Daerah dalam ucapannya ketika ditemui pada majlis tersebut.
Menurut beliau lagi, “Keunikan dan keistimewaan pelbagai budaya, adat dan cara hidup masyarakat dahulu boleh dijadikan panduan agar golongan muda lebih optimis memelihara dan menghormati setiap budaya yang ada di negara ini termasuk Sabah dan Sarawak.”
-ii-