Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

COVID-19: ASEAN-China Komited Kurangkan Kesan Terhadap Pembangunan Ekonomi, Sosial

By 21 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan

Foto: Ihsan BERNAMA

PUTRAJAYA, 21 Feb (Malaysiaaktif) –Ā ASEAN danĀ China komited dalam mengurangkan kesan penularan jangkitan COVID-19 terhadap pembangunan ekonomi dan sosial diĀ semua negara terjejas, demikian menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN-China mengenai Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) di sini semalam.

Menteri-menteri luar ASEAN danĀ China berkata mereka akan mengekalkan aktiviti pertukaran rakyat-ke-rakyat, perdagangan dan pelaburanĀ selain meneruskan serta mempertingkat pertukaran dan kerjasama di rantau ini berdasarkan kemajuan dalam langkah pencegahan serta pengawalan wabak itu.

ā€œPerusahaan yang terjejas akibat wabak iniĀ terutama yang bersaiz mikro, kecil dan sederhanaĀ akan menerima bantuan sewajarnya, termasuk melalui promosi ekonomi digital seperti digariskan di bawah Kerjasama Ekonomi TahunĀ Digital ASEAN-China bagi memudahkan aktiviti ekonomi semasa penularan wabak.

ā€œKami bertekad untuk terus bekerjasama dalam menangani penyakit berbahaya ini dan kesan burukĀ COVID-19,ā€ menurut kenyataan itu.

Mesyuarat itu dipengerusikan bersama oleh Menteri Luar ChinaĀ Wang Yi dan Setiausaha Luar FilipinaĀ Teodoro Locsin. Turut hadir Menteri Luar MalaysiaĀ Datuk Saifuddin Abdullah.

Kesemua menteri luar itu berkata mereka akan memberi taklimat kepada pemimpin masing-masing mengenai keputusan mesyuarat tersebut dan menyambut baik bimbingan mereka mengenai kertas cadangan.

Mereka juga bersetuju memperkukuh kerjasama dalam mekanisme yang diterajui ASEAN dan dengan rakan-rakan luar bagi menangani COVID-19 secara menyeluruh dan berkesan dengan mengambil kira tahap pembangunan kesihatan yang berbeza di rantau ini.

ā€œKami akan memperkukuh kerjasama dalam komunikasi risiko serta kesediaan penglibatan komuniti dan maklum balas bagi memastikan bahawa orang ramai dimaklumkan secara tepat dan terperinci mengenai COVID-19 dan tidak dikelirukan oleh maklumatĀ salah serta berita palsu berkaitan COVID-19,ā€ menurut kenyataan itu.

Menteri-menteri luar ASEAN dan China mengatakan bahawa mereka akan memperkukuh dialog dasar serta pertukaran mengenai perkembangan terkini COVID-19, termasuk kawalan dan rawatannya, selain kajian dan penyelidikanĀ yang berkaitan menerusi mekanisme sedia ada untuk melaksanakan sepenuhnya MOUĀ ASEAN-China mengenai Kerjasama Kesihatan, dan menyokong lebih banyak projek usaha sama yang telah dipersetujui.

ā€œSemua pihak harus terlibat dalam pertukaran data dan teknologi yang relevan, pengalaman dan pembinaan kapasiti termasuk latihan kakitangan kesihatan dan perubatan, lawatan bersama pakar perubatan dan pekerja kesihatan lain serta kemungkinan mengadakan Bengkel ASEAN-China mengenai Kakitangan Kecemasan Kesihatan, memperkukuh kerjasama antara Pusat Kawalan Penyakit dan institusi yang relevan diĀ ASEAN danĀ China,ā€ menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda