Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Pasar Pagi Meranti, Terima Kasih IOW

By 20 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan / foto; W.Noriza W.Jaafar( Pasir Mas)

PASIR MAS, 20 Feb (Malaysiaaktif )– Jabatan Penerangan Daerah Pasir Mas telah melaksanakan program Info On Wheels(IOW) pada pagi ini di Pasar Pagi Kampung meranti, Pasir Mas.

Hebahan melalui unit bergerak turut dilakukan bagi memaklumkan kepada masyarakat sekitar agar lebih jelas berkaitan fakta sahih Novel Coronavirus dan inisiatif- inisiatif yang telah kerajaan sediakan untuk rakyat.

Program secara komunikasi bersemuka dilakukan dengan mengedarkan risalah serta memberi penerangan ringkas mengenai Novel Coronavirus berkaitan langkah-langkah pencegahan, tanda-tanda serta gejala-gejalanya. Masyarakat setempat menyambut baik program IOW yang digerakkan oleh Jabatan Penerangan Daerah Pasir Mas.

Mengedarkan risalah kepada pengunjung Pasar Pagi Kampung Meranti

Mengedarkan risalah kepada pengunjung Pasar Pagi Kampung Meranti

Mariam Abdullah, 48, peniaga Pasar Pagi Kampung Meranti berkata beliau berterima kasih kepada Jabatan Penerangan kerana turun ke lapangan memberi penjelasan kepada masyarakat luar bandar.

“Bertemu secara bersemuka dengan orang ramai, mengedar risalah dan menjelaskan berkenaan wabak Coronavirus serta menyebar luas inisiatif-inisiatif kerajaan adalah satu program yang akan dapat memberi pemahaman kepada rakyat tentang dasar kebaikan yang telah dibuat oleh kerajaan.”tambahnya lagi.

Siti Munirah Yusuff, 55, seorang pengunjung pasar pagi berkata program ini amat baik sekali di mana orang ramai boleh berjumpa  dengan kakitangan Jabatan Penerangan dan mendapat maklumat sahih berkaitan Coronavirus dan inisiatif- inisiatif yang disediakan kepada rakyat.

“Penduduk di sini yang agak ke pedalaman sering mendapatkan maklumat yang kurang tepat dan jelas terutama melalui media baru sekarang, sukar untuk dipastikan kebenaranya.“ katanya mengakhiri perbualan.

Program IOW ini bukan memberi tumpuan kepada masyarakat di bandar semata-mata tetapi di luar bandar juga dan melangkaui batasan kaum.

Program pagi ini mendapat sambutan yang menggalakan dari pengunjung dan rata-rata yang ditemui berterima kasih kepada Jabatan Penerangan Malaysia kerana telah mengadakan program IOW ini.

-NAZ

Tinggalkan komen anda