Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Ekspo Niaga Jelajah Johor Buka Peluang Usahawan IKS Jana Pendapatan

By 2 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto:  Shazreen Suradi/Nurezzaty Razimi (Muar)

MUAR, 2 Feb (Malaysiaaktif) – Tahun 2020 bukan sahaja merupakan Tahun Melawat Malaysia malah pada tahun ini ia merupakan Tahun Melawat Johor di mana kali terakhir penganjurannya pada 17 tahun yang lalu.

Pogram Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020 telah diadakan sebagai tanda sokongan kepada kerajaan negeri bersempena Tahun Melawat Johor di mana program ini dikatakan bakal bergerak ke sepuluh daerah yang terdapat dalam negeri Johor sepanjang tahun ini bermula di daerah Muar dan bakal melabuhkan tirainya di Johor Bahru.

Konsep Culture, Tourism, Lifestyle diangkat sebagai tema konsep Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020 di mana ia bertujuan mempromosikan budaya kesenian dan gaya hidup bangsa Johor yang berbilang kaum dan budaya disamping mengeratkan lagi jalinan keharmonian di antara masyarakat luar bandar dan bandar.

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal ketika berucap dalam majlis perasmian Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020.

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal ketika berucap dalam majlis perasmian Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020.

“Melalui sokongan dan usahasama 19 rakan strategik, Expo Jom Niaga Jelajah Johor ini dilihat dapat mengeratkan kerjasama diantara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan kerajaan.

“Disamping itu program ini juga dapat memperlihatkan pentingnya peranan sesebuah pertubuhan yang teguh bersatu dalam pembangunan Negara dan Negeri Johor khususnya,” ujar Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal dalam ucapannya semasa merasmikan Program Expo Niaga Jelajah Johor 2020, di sini, semalam.

Beliau turut menyeru agar usahawan–usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) merebut peluang seperti ini bagi memperkenalkan dan memasarkan produk–produk keluaran tempatan, disamping memberi peluang kepada masyarakat untuk bertemu secara langsung dengan pengeluar.

Antara produk kraftangan yang turut dijual.

Antara produk kraftangan yang turut dijual.

Nazirah Abd Hafiz, 25, yang merupakan salah seorang peniaga yang turut mengambil bahagian berkata ekspo ini memberi peluang kepada usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) untuk memperkenalkan serta  memperluaskan lagi pasaran produk-produk keluaran tempatan mereka.

“Penganjuran program seperti ini dapat memberi ruang kepada usahawan-usahawan luar bandar untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka selain memberi membuka peluang kepada masyarakat setempat mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dan program melalui pertandingan kebudayaan bangsa Johor,” ujar Zulkuranain Idris, 41, pengunjung yang ditemui di sini.

Pelbagai program dan aktiviti turut dijalankan antaranya adalah ceramah perdana, fun ride, pertandingan e-sport, pameran agensi dan kerajaan, pameran kraftangan, gerai jualan serta festival makanan yang berlangsung selama lima hari.
-NI-

Tinggalkan komen anda