Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Liga Kota 2020 Platform Cungkil Bakat Pemain Bola Sepak

By 2 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto  : Norasilah Ibrahim/Shahqrul Azim Shaari (Kota Tinggi)

KOTA TINGGI, 2 Feb ( Malaysiaaktif ) – Pertandingan Liga Kota peringkat daerah Kota Tinggi diadakan bagi mencungkil bakat-bakat baru bola sepak tanah air, khususnya di daerah ini.

Majlis Pelancaran Jersi Pasukan Johor Darul Takzim (JDT) telah diadakan serentak di seluruh daerah di Negeri Johor, semalam.

Di daerah Kota Tinggi, pelancaran jersi tajaan Nike ini yang disempurnakan oleh Pegawai Daerah Kota Tinggi, Farizal Ismail telah diadakan di Astaka Budaya, Laman Tun Sri Lanang, dihadiri ratusan warga Kota Tinggi yang merupakan penyokong tegar Pasukan JDT.

Pegawai Daerah Kota Tinggi, Farizal Ismail melancarkan Liga Kota 2020.

Pegawai Daerah Kota Tinggi, Farizal Ismail melancarkan Liga Kota 2020.

Bersempena dengan program ini juga, Farizal turut melancarkan Liga Kota 2020 yang menawarkan Piala Pegawai Daerah Kota Tinggi dengan hadiah yang lumayan.

“Pertandingan Liga Kota yang dipertandingkan ini adalah terbuka kepada remaja berumur 15 tahun ke atas dan ia dijangka akan bermula pada bulan April hingga Ogos 2020 di Stadium Kota Tinggi dan Padang Jalan Johor.

“Johan Liga Kota 2020 akan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM5,000, Naib Johan RM3,000, tempat ketiga RM2,000 dan tempat keempat sebanyak RM1,500 di mana penyertaan masih terbuka kepada pasukan-pasukan yang berminat di daerah ini,” ujarnya lagi.

Johan Piala Pusingan YDP, SMK Taman Sri Saujana bergambar bersama-sama piala yang dimenangi.

Johan Piala Pusingan YDP, SMK Taman Sri Saujana bergambar bersama-sama piala yang dimenangi.

Bagi menghangatkan lagi Majlis Pelancaran Jersi Pasukan JDT ini, Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) dengan kerjasama Pejabat Daerah Kota Tinggi, Persatuan Bola Sepak Daerah dan Pejabat Pendidikan Daerah telah menganjurkan Piala Pusingan Yang Dipertua (YDP) pada hari yang sama di mana sebanyak lapan pasukan bola sepak di daerah Kota Tinggi telah mengambil bahagian dalam perlawanan untuk kategori B16 sekolah menengah.

Pemenang perlawanan bola sepak Piala Pusingan YDP turut di raikan pada majlis pelancaran Jersi Pasukan JDT yang mana Johan telah dimenangi oleh Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Seri Saujana, Naib Juara disandang SMK Tan Sri Jaafar Albar dan tempat ketiga dimenangi oleh SMK Pengerang Utama.

Antara pengunjung yang hadir.

Antara pengunjung yang hadir.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Lama Rosleli Jahari, Timbalan Yang DiPertua Kota Tinggi FA (KTFA) Saipol Rahman Amat dan Naib Yang Dipertuan KTFA, Muszaidee Makmor.

-NI-

Tinggalkan komen anda