Skip to main content
Berita TimurTerengganu

IOW Tingkatkan Kesedaran Awam

By 7 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Lapor/ foto: Tengku Saipulah Tengku Mohd (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 7 Feb (Malaysiaaktif) – Kaedah penyampaian maklumat melalui aktiviti turun padang yang dipelopori oleh Jabatan penerangan Malaysia, Info On Wheels (IOW) dapat memberi maklumat yang tepat dan sahih terus kepada masyarakat setempat.

Pendekatan ini diguna pakai oleh Pejabat Penerangan Daerah Kuala Nerus dengan mendekati masyarakat di kawasan-kawasan tumpuan ramai dalam menyebarluaskan maklumat berkaitan isu yang mencetuskan kebimbangan masyarakat pada ketika ini iaitu wabak Novel Coronavirus (2019-nCov) melalui pengedaran risalah langkah-langkah pencegahan virus tersebut.

Wan Khairani Wan Husin, 42 turut serta dalam aktiviti IOW bersama kakitangan Jabatan Penerangan Daerah Kuala Nerus

Wan Khairani Wan Husin, 42 turut serta dalam aktiviti IOW bersama kakitangan Jabatan Penerangan Daerah Kuala Nerus

Menerusi aktiviti ini juga, penerangan turut diberikan untuk menjelaskan tentang situasi dan keadaan sebenar yang masih terkawal di negara ini dan menangkis berita palsu yang sengaja digembar-gemburkan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menimbulkan suasana panik dalam kalangan masyarakat.

Wan Khairani Wan Husin, 42 yang turut serta dalam aktiviti ini berkata kaedah ini mampu memberi kesedaran kepada orang awam tentang bahaya wabak penyakit berjangkit ini.

Aktiviti IOW dan mengedar risalah menerima reaksi positif daripada pengunjung pasaraya Mydin sekitar Dataran Tembesu, Kuala Nerus

Aktiviti IOW dan mengedar risalah menerima reaksi positif daripada pengunjung pasaraya Mydin sekitar Dataran Tembesu, Kuala Nerus

“Orang ramai perlu mendengar nasihat dan pandangan daripada kerajaan khususnya daripada Kementerian Kesihatan dan Jabatan Penerangan dari semasa ke semasa mengenai pencegahan bagi mengurangkan risiko dijangkiti wabak berbahaya ini.”

Sementara itu, seorang peniaga, Rozila Ibrahim, 47, berkata aktiviti seperti ini memberi jawapan yang cukup jelas tentang bagaimana coronavirus boleh berjangkit dan langkah yang perlu diambil bagi mengelak terkena jangkitan virus tersebut.

Penerangan mengenai langkah pencegahan bagi mengurangkan risiko jangkitan virus kepada peniaga, Rozila Ibrahim

Penerangan mengenai langkah pencegahan bagi mengurangkan risiko jangkitan virus kepada peniaga, Rozila Ibrahim

Katanya lagi, langkah yang diambil ini memberi kesedaran kepada orang awam bahawa bukan semua maklumat yang diperoleh melalui media sosial adalah benar dan sahih.

“Pendekatan ini dapat menghalang penyebaran maklumat tidak tepat yang diperolehi kebanyakannya daripada sumber media sosial.”

Aktiviti IOW dan mengedar risalah kepada pengunjung pasaraya Mydin

Aktiviti IOW dan mengedar risalah kepada pengunjung pasaraya Mydin

Selain itu, turut diedarkan ialah risalah mengenai dasar-dasar kerajaan yang terkini seperti e-Tunai, Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) dan Belanjawan 2020.

-ii-

Tinggalkan komen anda