Laporan/ foto: R.Vikkneswaran/ Mohd Jamaluddin (Seberang Perai Selatan)
NIBONG TEBAL, 7 Feb (Malaysiaaktif) – Mobile@Kiosk Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) telah turun padang pada hari ko-kurikulum SMK Jawi untuk memberi penerangan dan penjelasan tentang isu-isu semasa.
Farhani Ismail, Pegawai Penerangan Dearah Seberang Perai Selatan menyampaikan sesi taklimat berkaitan Isu Media Sosial yang kini berleluasa dengan penyebaran berita palsu dalam Facebook dan beliau turut mengingatkan semua pelajar bahawa Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersedia untuk mengambil tindakan kepada individu yang menyebarkan maklumat palsu menerusi SMS atau media sosial kerana ianya adalah kesalahan di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Selain itu , penerangan tentang langkah-langkah pencegahan penyakit Novel Coronavirus (2019 n-CoV) yang kini melanda seluruh dunia dengan menasihati pelajar-pelajar segera berjumpa doktor di klinik berhampiran sekiranya terdapat simptom-simptom seperti demam melebihi 38 darjah celsius, batuk dan sesak nafas.
Dara Nursuraya Abdullah, Guru Penyelaras Kelab Malaysiaku Sekolah Menengah Kebangsaan Jawi telah mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan yang kerap turun ke sekolah untuk berkongsi maklumat-maklumat semasa serta mengadakan pelbagai aktiviti menarik.
Mobile@Kiosk SPS turut mengadakan Kuiz Kenegaraan dan edarkan risalah inisiatif-inisiatif kerajaan seperti Dasar Kebersihan Negara dan Pewartaan Kawasan Larangan Merokok yang telah dihadiri 550 pelajar.
-ii-