Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

‘Info On Wheels’ Mula Mendapat Perhatian Pemimpin Tempatan

By 1 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Norlida Abdullah/Shamsul Sulaiman (Kulai)

KULAI, 1 Feb (Malaysiaaktif) – Setelah hampir seminggu Jabatan Penerangan mempergiatkan Program Info On Wheels di seluruh Malaysia, pelbagai maklumat terutamanya mengenai wabak Coronavirus telah disebarluaskan kepada orang ramai.

Sehingga pagi ini, hampir 3000 orang khalayak di 30 lokasi berbeza diseluruh Negeri Johor telah diberi pendedahan dan panduan ringkas tentang dasar-dasar kerajaan dan maklumat berkaitan isu yang berlaku di Malaysia seperti kos sara hidup, kesejahteraan dan kesihatan.

Pada pagi ini, di pasar pagi Jalan Merbuk Kulai telah diadakan Info On Wheels (IOW) anjuran Pejabat Penerangan Daerah Kulai dan ia mendapat perhatian Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar yang juga merangkap ADUN Bukit Permai Tosrin Jarvanthi.

ADUN Bukit Permai Tosrin Jarvanthi (berbaju merah) menunjukkan kepada kanak-kanak pengunjung pasar pagi Jalan Merbuk Kulai cara menggunakan topeng muka.

ADUN Bukit Permai Tosrin Jarvanthi (berbaju merah) menunjukkan kepada kanak-kanak pengunjung pasar pagi Jalan Merbuk Kulai cara menggunakan topeng muka.

Sebanyak 200 risalah berkaitan wabak Coronavirus dan topeng muka diedarkan kepada orang ramai sebagai panduan dan langkah berjaga-berjaga terutama ketika berada di kawasan tumpuan orang ramai.

“Saya amat berharap usaha murni ini dapat diteruskan dan dipergiatkan lagi dari masa ke semasa.

“Rakyat perlu tahu akan situasi sebenar tentang wabak ini dan mulakan langkah berjaga-jaga pada setiap masa,” ujar Tosrin Jarvanthi lagi.

Edaran risalah maklumat berkaitan wabak Novel Koronavirus (2019-nCoV) kepada orang ramai di pasar pagi Jalan Merbuk Kulai.

Edaran risalah maklumat berkaitan wabak Novel Koronavirus (2019-nCoV) kepada orang ramai di pasar pagi Jalan Merbuk Kulai.

ADUN Bukit Permai Tosrin Jarvanthi menasihati orang ramai agar sentiasa mendapatkan maklumat yang sahih tentang apa jua berita yang berlaku di Malaysia terutamanya berkaitan wabak ini.

“Orang ramai boleh melayari laman rasmi Jabatan Penerangan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mendapatkan maklumat tepat dan betul dan elakkan berkongsi maklumat yang tidak diketahui kesahihannya,” katanya.

-NI-

Tinggalkan komen anda