Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Kenali Budaya Pelbagai Kaum Pupuk Sikap Tolenrasi – Rosli

By 6 Februari 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rozer Masudin (Merlimau)

MERLIMAU, 6 Feb (Malaysiaaktif) – Perayaan Tahun Baharu Cina 2020 tahun ini disambut dengan penuh warna warni oleh Politeknik Merlimau (PMM) bersam-sama warga kampusnya.

Pengarah PMM Rosli Hamid, berkata program tersebut menjadi pentas penyatuan kaum yang pelbagai dalam kalangan pelajar dan warga kerjanya.

“Kita perlu sedar bahawa dengan mengenali budaya dan tradisi antara masyarakat pelbagai kaum ia akan meningkatkan kefahaman antara kita dan ini akan mewujudkan sikap untuk saling bertoleransi dan menjiwai tradisi yang telah menjadi sebahagian daripada budaya yang telah diterima oleh negara.

“Saya amat berterima kasih kepada Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PMM Mohd Hoirie Abdul Manah kerana telah menjayakan majlis Sambutan Tahun Baharu Cina pada peringkat PMM seperti sambutan perayaan utama iaitu sambutan Aidilfitri,” katanya ketika ditemui selepas majlis berlangsung di institut tersebut, di sini baru-baru ini.

Dalam majlis tersebut, beliau turut menulis kaligrafi Cina bersama-sama para tetamu lain sebagai simbolik perpaduan dan keharmonian dalam kalangan warganya.

-SH

Tinggalkan komen anda