
Laporan/foto: Shah Hood/Najib Mohaini (Johor Bahru)
JOHOR BAHRU, 2 Feb (Malaysiaaktif) – Kerajaan Johor merekodkan penyusutan hutang kerajaan negeri kepada kerajaan pusat tahun semasa berakhir Disember 2019 sebanyak RM222.39 juta daripada RM520.94 juta tahun 2018 di mana kedudukan hutang itu telah berjaya dikurangkan sebanyak 57.1 peratus pada tahun 2019 dengan nilai pengurangan RM298.55 juta.
Menteri Besar Datuk Dr Sahruddin Jamalini, berkata jumlah kutipan sebenar prestasi hasil bagi tahun berakhir 31 Disember 2019 (yang belum diaudit) adalah RM1.93 bilion melebihi anggaran asal Belanjawan 2019 iaitu RM1.55 bilion yang mana ia mencatatkan pencapaian sebanyak 124.60 peratus sekaligus pencapaian hasil tertinggi Negeri Johor yang pernah dicatatkan.
“Sehingga September tahun lalu, Johor menerima nilai kelulusan bagi projek perkilangan sebanyak RM7.7 bilion ia dapat dilihat menerusi perangkaan dikeluarkan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Datuk Dr Sahruddin Jamal diiringi Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani semasa Majlis Amanat Menteri Besar di Persada Johor.
“Nilai ini bersamaan 13.4 peratus daripada nilai kelulusan projek perkilangan pada peringkat nasional yang mana 51 peratus disumbangkan menerusi pelaburan asing, sekali gus menunjukkan Johor kekal menjadi antara destinasi pelaburan utama peringkat nasional,” katanya ketika ditemui sempena Majlis Amanat Menteri Besar, di sini semalam.
Menurut Sahruddin, Johor kekal menjadi antara destinasi pelaburan utama peringkat nasional di mana nilai ini bersamaan 13.4 peratus daripada nilai kelulusan projek perkilangan di peringkat nasional yang mana 51 peratus disumbangkan menerusi pelaburan asing.
“Prestasi perbelanjaan mengurus bagi tahun berakhir 31 Disember lalu adalah 97.17 peratus dan itu menunjukkan peningkatan prestasi berbanding tahun 2018 iaitu 95.70 peratus manakala, prestasi perbelanjaan pembangunan bagi tahun berakhir 31 Disember lalu adalah 92.07 peratus, ia juga menunjukkan peningkatan prestasi berbanding tahun 2018 iaitu 87.84 peratus.
“Secara keseluruhan jumlah akaun hasil disatukan kerajaan negeri bagi tahun berakhir 31 Disember lalu yang belum diaudit mencatatkan lebihan RM68.268 juta,” katanya lagi.
Sahruddin turut memaklumkan Agenda Kedua Pelan Pembangunan Mampan Johor (PPMJ) 2030 akan dilancarkan pada bulan April 2020 akan datang di mana ia selaras dengan strategi dan inisiatif yang digariskan oleh kerajaan persekutuan menerusi Wawasan Kemakmuran Negara (WKB) 2030.
-NI-