
Laporan/ foto : Nurazreen Abd Rahman/ Hj Zanizal Zamani (Seberang Perai Utara)
TASEK GELUGOR, 18 Feb (Malaysiaaktif) – Program Jom Ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diadakan dalam usaha untuk menangai masalah dan salah laku murid dengan penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.
“Statistik jenayah melibatkan pelajar sekolah pada tahun 2018 menunjukkan sebanyak 20 kes telah dilapor dan jumlah tersebut menurun kepada lapan kes pada tahun 2019, namun usaha menanganinya masih perlu dipergiat memandangkan jumlah kes ini masih berada pada tahap yang menggusarkan kerana kes jenayah ini tidak berlaku dalam sekolah sebaliknya setelah tamat sesi persekolahan,” kata Noorzainy Mohd Noor, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ketika ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaaan (SMK) Bakti, Tasek Gelugor sewaktu menyempurnakan perasmian program Jom Ke Sekolah peringkat daerah Seberang Perai utara.

Pelancaran Permuafakatan KPM dan PDRM, Program Jom Ke Sekolah Peringkat Daerah Seberang Perai Utara.
Menurut beliau, pada zaman peralihan jenayah lebih tertumpu kepada ancaman jenayah siber yang menggunakan pelbagai modus operandi seperti ‘love scam’, ‘black money’, ‘macau scam’, penipuan e-kewangan dan pewarisan harta kini, PPS perlulah memberikan pendedahan dan menyuntik kesedaran kepada komuniti, termasuk para pelajar, agar tidak mudah terjebak atau menjadi mangsa jenayah tersebut.
“Tanggungjawab kita adalah untuk memastikan murid-murid tidak dimanipulasi oleh golongan-golongan tertentu dalam memperjuangkan agenda subversif mereka,” ujar beliau lagi.

Bagi memantapkan peranan PPS, pihak KPM dengan kerjasama PDRM telah menyediakan Buku Panduan yang boleh dijadikan rujukan dan panduan.
Dalam masa yang sama, Noorzainy berharap agar komuniti sekolah dan pihak yang berkaitan dapat bekerjasama untuk terus membimbing generasi muda, agar mereka tidak mudah terpesong, dan sebaliknya menjadi modal insan yang cemerlang dan disanjung tinggi.
Bagi memantapkan peranan PPS, pihak KPM dengan kerjasama PDRM telah menyediakan Buku Panduan yang boleh dijadikan rujukan dan panduan.
Turut hadir dalam majlis tersebut, Timbalan Superintendent Polis, Mat Rizal Mat Razi, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Suhaimi Abdullah, Pengetua SMK Bakti, Tasek Gelugor dan Ahmad Ismail Abdul Rahim, Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Bakti.
-ii-